berita

Tahan Lama, Berkualiti & Berpatutan, Ini Sebabnya Barangan Kosmetik Y.O.U Patut Jadi Koleksi Korang!

October 30th, 2020 | by Nurul
Kini Trending


Bila nak beli produk kecantikan atau penjagaan diri, perkara yang paling penting sekali mestilah kualiti, harga yang mampu milik dan seleksi pilihan yang pelbagai. Haa..kalau dah cukup lengkap kesemua kategori ni, barulah boleh beli. Betul tak, girls?

Bukan senang tau nak cari produk kecantikan yang ada ciri-ciri ni semua tanpa menipiskan poket korang! Eh..dengar cerita, ada satu produk kecantikan yang sedang hangat di pasaran dan menjadi pilihan ramai wanita! Nak tahu tak?

Y.O.U – Produk setaraf antarabangsa dengan harga berpatutan!

Kalau korang nak tahu, Y.O.U adalah satu jenama dari Asia Tenggara yang menawarkan produk kecantikan berkualiti tinggi, bertaraf antarabangsa dan mampu milik, sesuai dengan keperluan wanita masa kini yang konfiden, berani dan inovatif.

Dilancarkan pada tahun 2018, Y.O.U  dengan tagline “Long Lasting Beauty”, menyediakan varian produk kecantikan lengkap seperti make-up dan produk penjagaan kulit.

Y.O.U mewakili Youthful, Outstanding and Unique ingin memberi mesej kepada seluruh wanita di luar sana untuk sayang dan yakin dengan diri sendiri, dalam masa yang sama menjadi versi terbaik diri mereka sendiri.

Variasi produk dalam satu jenama!

Walaupun masih baru di pasaran, tetapi Y.O.U sangat mementingkan kualiti produknya dengan menggunakan teknologi terkini dan inovatif dalam memberikan pengalaman kecantikan yang terbaik buat pengguna.

Y.O.U juga mempunyai lebih daripada 70 produk termasuklah, penjagaan kulit, make-up bibir, make-up wajah, make-up mata dan pelbagai alatan make-up yang memang tahan lama!

Tak hairanlah ia sudah menjadi pilihan dan kegemaran ramai wanita!

Y.O.U Rouge Lipcream

Didatangkan dengan 36 warna yang in-trend, Y.O.U Rouge Lipcream ni bukan lipcream yang biasa-biasa. Malah, ia mempunyai tekstur yang cepat kering, berpigmentasi tinggi, tidak meninggalkan kesan, ringan dan berkemasan matte.

Kalau korang nak tahu, ia juga mempunyai 2 jenis lipcream yang berbeza iaitu Rouge Velvet dan Satin Matte.

Rouge velvet mempunyai tekstur yang lembut dan ringan, mudah kering dan tidak mudah meninggalkan kesan. Ini bermakna, ia tahan lama dan selesa untuk digunakan sepanjang hari tanpa perlu topup lipcream korang banyak kali. Selain itu, ia juga mengandungi Coconut Oil dan Vitamin E yang berfungsi dalam melembab dan melembutkan serta mengurangi garisan halus di bibir.

Juga mempunyai tekstur yang lembut dan ringan, Satin Matte pula diperbuat dengan pigmentasi tinggi untuk menyerlahkan warna lipcream, secara tidak langsung memberikan hasil akhir semi-matte yang cantik dalam sekali olesan. Kandungan Sunflower Seed Oil, Coconut Oil dan esktrak Jojoba Oil pula bertindak dalam menutrisi dan melembapkan bibir.

Best kan? Tak syak lagi Y.O.U Rouge Lipcream memang wajib ada dalam koleksi korang!

Y.O.U Dream Skin Perfect Cushion

Leceh kan bila buat aktiviti luar dalam cuaca yang panas, muka cepat berpeluh dan berminyak, lepas tu pulak kena touch up muka banyak kali. Sebab itulah Y.O.U Dream Skin Perfect Cushion patut jadi penyelamat hari korang!

Susah betul nak jumpa cushion yang berlitupan penuh dalam masa yang sama bernafas di kulit. Haa..Y.O.U Dream Skin Perfect Cushion ni bukan saja terlihat natural di wajah korang, malah tanpa memakai concealer pun, ia mampu menutup segala cela dan ketidaksempurnaan di wajah sambil mengawal minyak.

Dah lah mudah dibersihkan, memang Y.O.U Dream Skin Perfect Cushion ni mampu membuatkan wajah korang tampil segar dan sempurna sepanjang hari!

Y.O.U Dual Dramatic Volume Mascara

Sempurnakan gaya serta serlahkan kecantikan mata korang dengan Y.O.U Dual Dramatic Volume Mascara yang tak comot dan bebas gumpalan ni.

Yang lagi best, maskara ini juga dilengkapi dengan berus fiber yang berfungsi untuk memanjangkan dan melentikkan bulu mata serta tahan lama dan kalis air. Barulah hari-hari on fleek! 

THE SIMPLICITY – “So Simple, So Beautiful”

Buat korang yang berperwatakan feminin dan aktif, Siri The Simplicity mungkin menjadi pilihan korang! Didatangkan dengan variasi produk make-up untuk mata, muka dan bibir, siri ini menyajikan pilihan warna yang terang untuk korang tampil ceria sepanjang hari!

Cukup hanya dengan The Simplicity Flawless Compact Powder, The Simplicity Brow Styler, The Simplicity Flush Blush, The Simplicity Eyeshadow Quad dan The Simplicity Love You Tint, korang dah bersedia untuk mulakan hari korang! Oh ya, packagingnya yang berwarna peach lembut pun nampak comel sangat!

Bukan hanya make-up, produk penjagaan kulit pun ada!

Bukan hanya barangan make-up, Y.O.U juga menyediakan produk penjagaan kulit lengkap yang terdiri daripada pencuci muka, toner, serum, pelembab, eye care dan mask. Lebih menarik, korang boleh pilih produk kecantikan kulit mengikut kesesuaian dan masalah kulit korang seperti anti penuaan, anti garis halus dan kedutan, penghidratan, pencerahan dan pengurangan pori.

Golden Age Collection

Simply Bright & Simply Fresh

My Skin-Mate Face Mask

Jangan lepaskan promosi hebat sempena 11.11 di Shopee!

Jadi, apa lagi korang tunggu, jom dapatkan produk kecantikan pilihan korang di Y.O.U serta nikmati promosi hebat iaitu diskaun sehingga 65% di Shopee dan pengguna baru Shopee yang membuat pembelian pertama akan menerima 50% baucar diskaun untuk pembelian seterusnya. Best kan!

Untuk maklumat lanjut dan sebarang giveaway dari Y.O.U, korang boleh layari Facebook dan Instagram mereka. 

SKIP THIS AD ×