berita

Tahniah : Diana Amir Sah Mengandung Anak Pertama

August 14th, 2014 | by Ai
Kini Trending

PC-Kahwin-Diana-Amir-272

Wah, lama betul tak dengar cerita Diana Amir kan? Iyalah, sejak dia berkahwin, jarang nak nampak pelakon jelita ni berlakon. Busy menguruskan rumahtangga agaknya.

Dalam diam, rupa-rupanya Diana Amir kini disahkan mengandung. Alhamdulillah. Kan kami dah kata, tahun ini dan tahun depan, makin meriahlah industri hiburan dengan kehadiran baby. Hehe.

Kami pasti Diana dan suami sedang bergembira dengan berita baik ini kan? Kami tahu pun melalui laman web Metrowealth Picture yang mengumumkan perkara ini.

NIKAH-DIANA-AMIR-42-630x420

Akhirnya, berita yang ditunggu-tunggu tiba juga. Maklumlah, Diana dan suaminya kan sudah hampir setahun mendirikan rumahtangga.

Pastinya dengan kehadiran si comel ini nanti akan menambah seri dan kebahagiaan dalam keluarga mereka. Anak-anak kan pengikat kasih, betul tak?

Untuk pengetahuan korang, kandungan Diana kini mencecah usia 3 bulan tau! Katanya, dia hanya ingin mengumumkan berita gembira ini kepada peminatnya selepas waktu yang sepatutnya.

Apapun, kami di OHBULAN! sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pasangan merpati dua sejoli ini. Kalau ada rezeki tahun depan raya bertiga la ye!

Kredit Foto : Instagram Diana Amir

SKIP THIS AD ×