Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa akhirnya mengesahkan sedang hamil anak kedua.
Trimester kedua
Menurut Neelofa, usia kandungan sudah memasuki trimester kedua. Katanya, perjalanan hamil untuk anak kedua ini lebih mudah berbanding anak pertama dahulu, Muhammad Bilal.
Iya, doakan yang terbaik untuk saya. Rasanya semua dah nampak kan? Usia kandungan half way to go. Setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Bukan mudah sebab ada anak kecil lagi. Tapi syukur semua doakan saya.
Neelofa berkata demikian ketika majlis pelancaran Warisan yang diadakan di butik Naelofar, KL East Mall, pagi Selasa.
Tak kisah bayi lelaki atau perempuan
Dalam pada itu, pemilik nama dia Noor Neelofa Mohd Noor menyatakan dia tidak mengalami sebarang alahan selain bersyukur perjalanannya dipermudahkan.
Dari anak pertama lagi memang tak memilih gender. Alhamdulillah, tidak ada alami alahan teruk. Ini pun dah anak kedua. Jadi sudah biasa dan tahu untuk mengatur semuanya.
Persiapan semua dah ada dah. Siap semua untuk sambut bayi kami.
Terdahulu, desas-desus Neelofa hamil anak kedua mula diperkatakan selepas video yang menampakkan perubahan pada fizikal terutama bahagian perut menjadi tular dalam laman sosial.
Untuk rekod Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari tahun lalu.