berita

Tahniah! Sharifah Sofia Hamil Anak Ke-2

February 28th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Sharifah Sofia

Sharifah Sofia merupakan pelakon yang tidak asing lagi dalam arena seni lakonan tempatan. Aktres berdarah kacukan melayu dan Scotland ini bagaimanapun baru-baru ini telah berkongsi sekeping foto ‘scan’ yang menunjukkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Menerusi foto yang dipaparkan, Sharifah Sofia turut meletakkan caption berbunyi “Introducing……. Number 2… :)”

Sharifah Sofia

Dalam pada itu, beberapa jam yang lalu Sofia turut memuat naik status di laman Twitternya yang berbunyi :

Strange.. I feel so much movement in my tummy already..

Untuk makluman, Sharifah Sofia telah bernikah dengan pasangannya Syed Ismail pada 18 Oktober 2009 di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan selama 4 tahun, pasangan ini telah dikurniakan seorang puteri sulung yang diberi nama sebagai Sharifah Ariana. Bayi comel tersebut telah dilahirkan pada bulan April 2011.

Berikut kami selitkan beberapa foto terbaru Sharifah Sofia untuk tatapan anda semua.

Sumber : Instagram & Twitter Sharifah Sofia

SKIP THIS AD ×