berita

Tahniah! Uchop Juara Vokal Musim Ke-2

December 27th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Semalam telah berlangsungnya pertandingan akhir Vokal musim ke 2 yang bertempat di Plaza Alam Sentral Shah Alam, Selangor.

Tahniah diucapkan untuk peserta Vokal musim ke 2, Uchop atau nama sebenarnya Mohamad Yusof Ahmad, 28, atas kejayaannya  menyandang gelaran juara untuk pertandingan realiti program tersebut.

Menerusi pentas konsert Vokal 2 akhir semalam, Uchop telah membawakan single terbarunya yang dicipta oleh Yuzai berjudul ‘Jujurlah Padanya’ serta lagu rock nyanyian Awie dan kumpulan Wings berjudul ‘Dipenjara Janji’ medley bersama lagu ‘Opera Hidup’.

Dalam pada itu, naib juara Vokal pula, Mar telah membawakan lagu ‘Semua di Hatiku’ medley bersama lagu ‘Sesuatu Janji’ serta single terbarunya ciptaan Ajai berjudul ‘Maafkanlah Cinta’.

Untuk pusingan ‘battle’, Mar dan Uchop masing-masing telah memilih lagu ‘Stand Up For Love’ nyanyian kumpulan Destiny’s Child serta ‘Bujang Senang’ nyanyian kumpulan Wings.

Nampaknya ketika diumumkan sebagi juara Vokal untuk musim kedua, Uchop terlalu gembira sehingga menitiskan air mata kegembiraan dan menerusi ucapannya, Uchop menyatakan yang dia sudah lama mengidamkan detik-detik indah sebegitu.

Untuk pertandingan Vokal ini, Uchop telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi dan set muzik bernilai RM10,000. Manakala naib juara Vokal 2, Mar telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 berserta trofi.

Foto Kredit : BM