berita

Tahniah : Zed Zaidi Dikurniakan Anak Lelaki

July 27th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Zed Zaidi Ketika Menanti Kelahiran Anak Lelakinya

Orang kata, bila dikurniakan cahayamata, semakin murah rezeki kita.

Tahniah OHBULAN! ucapkan pada Zed Zaidi atau Rozaidi Jamil yang telah mendapat anak lelaki sekitar jam 9.30 pagi tadi. Menurut laporan Media Hiburan, isteri Zed Zaidi, Nelly Natalia selamat melahirkan cahayamata mereka secara pembedahan dan berat bayi berkenaan ialah 4.32 kilogram.

Diberi nama Ryan Ziqry, Zed Zaidi sengaja memilih tarikh 27 Julai sebagai tarikh kelahiran anaknya kerana mahu sama tarikh lahir dengannya. Ketika ditemubual, Zed Zaidi bersyukur kepada Tuhan atas kurniaanNya.

“Tiada kata-kata lain yang dapat digambarkan melainkan rasa syukur saya kepada Allah. Pastinya saya gembira dan dalam masa yang sama tanggungjawab saya lebih besar selepas ini,” ujar Zed Zaidi.