berita

Taiwan Excellence Pakat Dengan SCKLM 2019, Jemput Jurulatih Maraton Profesional Ke Expo

September 30th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Ada expo la kat PWTC, jom!

Pantang dengar ada expo, mesti nak pergi. Korang macam tu ke? Seronok pergi expo ni sebenarnya. Kadang-kadang dapat tengok barang yang unik dan rare. Susah jumpa kat kedai biasa. Lagi best kalau ada free gift atau diskaun. Amboi amboi amboi..

Kali ni kami nak kongsikan expo menarik yang kami dah pergi. Lain kali kalau expo ni dibuat lagi, boleh la korang datang. Bukan barang je yang korang boleh dapat, korang jugak boleh join maraton tau. Lain macam wei.

Taiwan Excellence promosi jenama di Malaysia sempena KL Standard Chartered Marathon 2019

Pada 26 hingga 28 September yang lalu, Taiwan Excellence berada di SCKLM Active Lifestyle Expo. Mereka berada di Booth S3, Dewan 4, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Buat pertama kali, mereka join KL Standard Chartered Marathon 2019 untuk tahun ni. Wow!

KL Standard Chartered Marathon telah bermula 11 tahun yang lepas dan merupakan acara maraton terbesar di Malaysia. Kali ni Taiwan Excellence ada join sekali. Memang gempak. Pada korang yang dah join tamaraton tu pada Ahad lepas, kami ucapkan tahniah!

Kat expo ni, ada kategori sukan & hiburan, kesihatan & kecantikan, e-sukan & teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan gaya hidup. Kami singgah semua kategori dan ternyata memang berbaloi. Nak tahu kenapa?

95 produk dari Taiwan dipamerkan bersama promosi hebat

Sewaktu expo diadakan, Taiwan Excellence tampilkan inovasi dan kualiti produk terbaik dari Taiwan. Dengan slogan “Everyday Excellence” (Keunggulan Setiap Hari), 95 produk berlainan oleh 27 pengeluar dari Taiwan akan dipamerkan. Siap ada promosi wei.

Kami pun tak buang masa. Terus terjah produk yang ada. Salah satunya ialah treadmill profesional Matrix TF50XR oleh Johnson Fitness dengan “Ultimate Deck” dan “Johnson Drive System”. Paling unik, ia boleh dilipat. Tak makan space banyak. Canggih woi.

Pakaian sukan mampat oleh U.CR+ ni pun menarik. Ia menggunakan material mesra alam berteknologi tinggi. Badan pun rasa ringan bila berlari. Ada jugak laptop nipis kelas permainan GF75 oleh MSI. Sesuai untuk korang yang kaki gamer.

Korang yang suka berbasikal pasti tertarik dengan basikal jalan yang diperbuat dengan gentian karbon oleh Volanda. Girls pulak mesti suka dengan produk pembersih muka, pelembap and pembersih badan aktif oleh MASKINGDOM kan?

Kat bawah ni antara produk Taiwan Excellence lain yang ada sewaktu expo dibuat. Banyak wei, ada 95 produk tau. Silakan cuci mata guys.

Produk Taiwan Excellence seperti EECLEAN, bubblingplus, tokuyo, STEP2GOLD, REKROW dan lain-lain juga dipamerkan. Lagi bestTaiwan Excellence ada jemput tetamu khas jugak. Kami tak sangka boleh jumpa dia kat sini. Nak tahu siapa?

Jurulatih selebriti, Edan Syah tunjuk demonstrasi bertenaga!

Wah, Taiwan Excellence jemput Edan Syah la! Korang tahu tak dia ni siapa? Bukan setakat jurulatih selebriti, dia ni pelari maraton Malaysia dari Smart Athletics Club tau. Kalau lari maraton dengan dia ni, mahu pancit dibuatnya. Banyak tenaga wei.

Edan Syah jadi hos bengkel larian sewaktu expo diadakan. Dia ajar kaedah larian yang tepat kepada korang. Boleh timba ilmu cara lari yang betul. Bagusnya!

Sertai aktiviti menarik & menang hadiah misteri

Pengunjung pun dapat join aktiviti menarik yang dibuat oleh Taiwan Excellence sepanjang expo dibuat. Ada aktiviti “Run for Excellence” untuk pengunjung bertanding di Johnson Fitness and Spirit treadmill. Ramai yang tak putus asa untuk pecahkan rekod!

Selain tu, ada aktiviti “Snap & Share My Running photos” untuk pengunjung kongsikan foto mereka semasa berlari. Gambar yang paling kreatif dapat hadiah misteri. Paling syok, hujung minggu dapat jumpa dengan sensasi internet Malaysia, Danny Koo. Yay!

Begitu la yang dapat kami kongsikan tentang Taiwan Excellence Pavilion di SCKLM Active Lifestyle Expo. Tak menyesal pergi sebab dapat cuci mata produk Taiwan yang berkualiti. Next time kalau expo ni dibuat lagi, boleh la datang dengan member pulak.

Untuk info lebih lanjut tentang tentang Taiwan Excellence, korang boleh ke Facebook Page Taiwan Excellence ni ya.

SKIP THIS AD ×