berita

Taja 10 Ribu Pelajar Pembelajaran Atas Talian Secara Percuma, PTTI Lancar Seminar Mampu Skor SPM

January 26th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas beberapa kali ditunda kerana situasi semasa iaitu pandemik COVID-19, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhirnya bakal dilangsungkan di seluruh Malaysia bermula 22 Februari ini.

Tinggal kurang dari sebulan lagi calon SPM akan menduduki peperiksaan yang penuh mendebarkan itu!

Mencapai keputusan cemerlang

Penundaan tarikh SPM pada tahun lalu sedikit sebanyak melunturkan emosi dan semangat bakal calonnya. Malah ia menjadi perhatian, perdebatan hangat dan topik perbualan ramai pihak belakangan ini.

Oleh itu, Pusat Peningkatan Akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM dikenali dengan nama PTTI konsisten dan optimis menyahut seruan kerajaan sekali gus membantu ibu bapa serta pelajar mendepani kemelut ini. Seramai 4,400 pelajar Tingkatan 5 2020 dan Tingkatan 5 2021 telah menyertai sesi pembelajaran secara Percuma atas talian Seminar Mampu Skor SPM Edisi Khas PKP 2.0 pada 23 Januari 2021 yang lepas.

Jenama yang sudah lima tahun membantu calon SPM mencapai keputusan cemerlang itu mengambil inisiatif dengan menawarkan secara percuma dan terhad kepada 10,000 calon SPM untuk menyertai gerak gempur terakhir menerusi seminar khas dalam talian secara percuma selama dua hari. Seminar berkenaan diadakan sempena Sambutan Tahun Baru Cina pada 13 dan 14 Februari depan.

Bukti keberkesanan perkongsian ilmu

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana, dia percaya usaha minit akhir ini dapat menyuntik semangat calon SPM.

PTTI percaya usaha ini dapat sedikit sebanyak membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan golongan ibu bapa yang masih menaruh harapan yang tinggi terhadap peperiksaan SPM anak mereka. Dengan bangkitnya semangat calon SPM itu beserta dedikasi guru di PTTI, InsyaAllah semua itu menjadi kunci terbaik dalam apa yang diharapkan. Malah dengan maklum balas dan kejayaan pelajar SPM sebelum ini yang dibantu PTTI, kami yakin usaha itu bukan sesuatu yang mustahil.

Di sebalik isu berbangkit ketika ini iaitu masalah sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk semua golongan pelajar, kami percaya akan ada solusi terbaik terhadap hal berbangkit itu. Lama kelamaan cara itu akan dapat dibiasakan. Malah saya lihat ibu bapa sendiri di luar sana mula risau apabila anak mereka ketinggalan dengan cara pembelajaran dalam talian termasuk PdPR) atas kekangan situasi semasa.

Ironinya PTTI sudah berjaya membuktikan keberkesanan perkongsian ilmu dalam talian. Sejak tahun 2016 pun kami terus agresif. Bayangkan sejak awal penubuhan hinggalah kini, kami sudah membantu lebih 100,000 pelajar SPM memperoleh skor terbaik.

Jelas Cikgu Fana lagi, sejak Mac tahun lalu, mereka sudah menganjurkan seminar yang berjaya menghimpunkan sekitar 93,000 pelajar tingkatan 4 dan calon SPM. Lantaran daripada itu, semua pelajar boleh segera mendapatkan 10,000 tempat percuma itu dengan melayari www.MampuSkorSPM.com atau hubungi hotline 012 808 2284.

SKIP THIS AD ×