berita

Tak Ada Gambar Raya Bersama, Netizen Tanya Mana Suami Noor Nabila

May 17th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seperti pasangan lain yang baru mendirikan rumah tangga pasti teruja untuk berkongsi gambar bersama. Lebih-lebih lagi ketika sambutan hari raya. Namun kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila, berkongsi gambar dirinya tanpa suami di sisi.

Artikel berkaitan : Noor Nabila Masak Makanan Kegemaran Aleesya, Nasi Briyani Ikan Sempena Birthday

Artikel berkaitan : ‘Kau Serikan Hidupku & Anakku Dengan Kehadiran Aleesya’ – Noor Nabila Titip Doa Sempena Hari Lahir Aleesya

Hal ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga antara Noor Nabila bersama suaminya iaitu Engku Emran.

Tak bergambar dengan suami

Menerusi gambar yang telah dimuat naik oleh Noor Nabila itu sendiri di akaun Instagramnya, kelihatan dia berseorangan tanpa ditemani oleh suaminya.

Selamat hari raya semua. Maafkan saya jika ada tersilap kata, terkasar bahasa, tersinggung perasaan, terguris hati. Semoga kita dalam reda Allah SWT.

Rata-rata warganet bertanyakan mengenai di mana suaminya, memandangkan ini merupakan hari raya pertama buat dirinya bersama Engku Emran setelah bergelar suami isteri pada 19 Mac lalu.

Lantas netizen mebuat konklusi tersendiri. Ada yang mendakwa suami Nabila yang mengambil gambar isterinya itu, ada juga yang mengatakan mungkin suaminya bekerja di hari raya. Walau bagaimanapun,  Nabila tidak memberi sebarang respon terhadap pertanyaan itu. Kali terakhir Nabila memuat naik gambar suaminya ialah ketika majlis pernikahan Neelofa.

‘Mana gambar dengan suami?’

Sumber : noornabila

SKIP THIS AD ×