berita

“Tak Ada Istilah Perigi Cari Timba”- Ini 3 Rahsia Nak Mengorat Lelaki Dalam Diam

March 20th, 2019 | by Fella Zainal
Kini Trendy

perigi cari timba tak salah

Korang mesti pernah terfikir macam mana nak buat lelaki tergila-gilakan perempuan kan?! Rasanya semua perempuan nak rasa seolah-olah lelaki yang mengejar. Nak tahu rahsia macam mana nak buat lelaki yang mengejar perempuan? Haaa.. Meh sini sis share!

1. Komunikasi paling penting okay!

komunikasi sangat penting

Ladies, korang ada hak untuk bagitahu keperluan dan kehendak korang.  Jangan nak expect si lelaki tu boleh baca fikiran korang. Apa-apa yang korang nak, bagitahu jer. Ini tak, bila tanya nak makan mana korang jawab tak kisah.

Cuba korang bagi idea, at least nampaklah yang korang ada pendirian. Orang lelaki suka tau perempuan yang ada pendirian.

2. Tunjuk minat nak tahu pasal si dia

lelaki suka perempuan bersikap ingin tahu

Haa, point ni penting tau! Korang kena tunjuklah yang korang berminat nak tahu semua pasal si lelaki. Tanyalah pasal keluarga, minat atau kerjaya dia. Dari situ korang boleh kenal si dia dengan lebih mendalam.

Kalau dah crush korang tu bercerita, tunjuklah yang korang minat dengan apa yang dia cerita. Apa salahnya korang tunjuk suka tu lebih sikit kan :P

3. Bagi ruang & masa

bagi lelaki ruang

Ini wajib tau! Janganlah buat si lelaki stress dengan korang. Bagi ruang untuk dia buat hal sendiri. Lelaki memang suka kalau korang respect dia punya privacy. Barulah dia selesa dengan korang! Penting juga untuk korang cari masa terluang untuk berdating. Awhh sweet!

perempuan mengorat lelaki

Sis Katy done share 3 tips mudah macam mana korang nak pikat lelaki dalam diam. Tak salah pun perigi cari timba, kalau nak menunggu jer mungkin single sampai ke tua. Harapnya sis dapatlah bantu korang nak pikat crush korang dalam diam.

Apa pun macam biasa jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.