Di Pulau Pinang, seorang lelaki bertindak berenang menyeberangi laut dari jeti feri di Tanjung City Marina untuk menuju ke Seberang Perai, Butterworth. Difahamkan, tujuan dia berenang untuk ke seberang hanya ingin bertemu dengan rakannya.
Berenang ke seberang
Foto: Penang Kini
Memetik laporan Sinar Harian, kejadian berlaku pada hari Isnin lalu sekitar jam 6.00 petang menyaksikan lelaki tersebut bertindak terjun ke laut setelah difahamkan setelah tidak mendapat kebenaran menaiki feri kerana gagal mendapatkan kelulusan permit merentas daerah.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut iaitu Asisten Komisioner Soffian Santong memaklumkan selepas lelaki itu terjun ke laut dan berpatah balik ke arah feri kerana kepenatan. Dia bagaimanapun, telah berjaya diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn Bhd sebelum menyerahkan kepada pihak polis.
Berdasarkan temubual awal yang dijalankan, lelaki berkenaan menyatakan nekad untuk berenang ke Seberang Perai untuk berjumpa rakannya. Dia berbuat demikian setelah gagal untuk mendapatkan kelulusan permit rentas daerah dari pihak polis kerana tiada alasan munasabah untuk merentas negeri.
Hasil siasatan pihak polis mendapati lelaki berusia 28 tahun itu merupakan seorang penganggur dan dipercayai hidup sebagai gelandangan.
Dia hanya menyatakan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan secara lisan sahaja. Hasil semakan, dia berasal dari Bayan Lepas, di sini dan seorang penganggur.
Polis turut menghubungi ibu lelaki tersebut dan dia menyatakan, anaknya itu sudah lama tidak balik ke rumah dan dipercayai hidup sebagai gelandangan. Ibunya juga mengakui anaknya itu merupakan penagih dadah tegar.
Cubaan rentas daerah
Sumber: Sinar Harian, Penang Kini