
Pastinya ramai golongan lelaki ambil maklum mengenai hukum meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja tiga kali berturut-turut akan membuatkan Allah SWT menutup pintu hatinya.
Namun, adakah ini bermaksud seseorang itu tidak lagi mempunyai ruang untuk bertaubat?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Tak Elok Bercakap Waktu Makan, Zahiril Adzim Respon – ‘Saya Kena Betulkan, Sunnah Makan Adalah Bercakap’
Dr. Rozaimi beri penjelasan

Terbaharu, penceramah bebas iaitu Dr. Rozaimi Romle menjelaskan bahawa masih ada ruang untuk seseorang itu bertaubat kepada Allah SWT.
Dalam masa yang sama, Rozaimi menegaskan bahawa adalah haram untuk seseorang itu meninggalkan solat Jumaat secara sengaja.
Ada hadis menyebut, ‘Barang siapa meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja tanpa uzur, Allah SWT akan tutup pintu hatinya’.
Hadis ini memang betul tetapi adakah tak ada ruang untuk bertaubat?
Kita kena faham konsep hadis ini bagaimana. Memang benar Allah SWT akan tutup pintu hati tetapi tutup yang bagaimana?
Tutup pintu hati ini bermaksud untuk seseorang itu mendapat hidayah Allah, jauh sedikit berbanding orang yang tidak melakukan dosa itu.
Tetapi tak ada kemustahilan pun untuk mereka mendapat hidayah. Kalau Allah SWT nak beri, pasti Dia akan berikan kepada hamba-Nya.
Rozaimi menjelaskan perkara menerusi perkongsian video di TikTok sewaktu menjawab soalan yang ditanyakan jemaahnya dalam satu program ceramah.
Takut dengan azab Allah
Dalam pada itu, Rozaimi menjelaskan bahawa rahmat dan pengampunan Allah SWT begitu luas bagi setiap hamba-hamba-Nya.
Justeru, Rozaimi menitipkan pesan kepada para jemaah untuk tidak mengambil ringan dan sentiasa bermuhasabah diri untuk tidak melakukan perkara dilarang Allah SWT.
Tuan-tuan, Allah SWT kalau nak menerima taubat, dosa sebesar mana pun akan Dia terima.
Ada manusia yang bukan sekadar tinggal solat Jumaat tiga kali tetapi ada yang kufur dan kafir pun Allah terima taubat mereka.
Mereka bukan sahaja tinggal solat Jumaat tiga kali bahkan sepanjang hayat tak solat dan makan benda haram lagi.
Saya berkata begini bukanlah untuk meringankan dosa tetapi Nabi SAW kongsikan hadis ini adalah supaya kita takut dengan azab sekiranya kita melakukan dosa.
Sumber: TikTok








