Media Prima Bhd (Media Prima) berkerjasama dengan iflix bagi perkongsian kandungan Media Prima di iflix secara percuma. Hasil jalinan kerjasama itu, iflix akan menyiarkan kandungan siaran sejam selepas tayangan di rangkaian saluran Media Prima.

Rangkaian itu juga menawarkan lebih daripada 1,000 jam kandungan daripada tonton untuk pengguna iflix bagi menambahkan pilihan dari segi kandungan tempatan.

1000 jam kandungan tempatan

Sebanyak 1,000 jam kandungan daripada saluran tonton khusus disediakan untuk pengguna iflix bagi memberi citarasa tempatan di laman berkenaan.

Perjanjian dua syarikat ternama itu meningkatkan liputan digital Media Prima di seluruh negara. Langkah ini juga menunjukkan pertumbuhan tontonan video dalam talian dengan signifikan. Tontonan bulanan video dalam talian Media Prima di semua platform digital sehingga kini adalah hampir 150 juta.

Perkongsian ini adalah kesinambungan kerjasama sebelum ini termasuk kejayaan drama Nur 2 menerusi Primeworks Studios Media Prima.

Penuhi permintaan tinggi penonton

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Johan Ishak, berkata pihaknya telah melancarkan pelbagai kandungan popular sejak 2018, bagi memenuhi permintaan kandungan digital daripada pengguna.

Kami tidak sabar berkongsi kandungan kami dengan iflix tetapi juga untuk membangunkan dan mengurus kandungan yang terbaik.

Strategi ini membolehkan Media Prima mengembangkan jangkauan digitalnya selaras dengan pertumbuhan pengiklanan digital.