berita

Tak Bagitahu Sesiapa Pun, Padahal Jari Nak Putus Dah – Bapa Karl Shafek Tertetak Jari Sendiri

March 12th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Bapa kepada pelakon dan pengacara, Karl Shafek terpaksa menjalani pembedahan membuang jari akibat tertetak dengan parang baru-baru ini. Menerusi Instagram Karl Shafek, bapanya tertetak jari telunjuk sebelah kiri secara tidak sengaja sewaktu mengupas kelapa.

Macam mana dia boleh tahan sakit?

https://www.instagram.com/p/Bu2va7zBisn/

Menurut Karl, gara-gara hendak minum air kelapa, bapanya tertetak jari sendiri akibat terkena parang yang digunakan. Walaupun jari bapanya itu hampir putus, bapanya masih rileks dan boleh menahan kesakitan ketika kejadian tersebut berlaku. Siap boleh bergurau dengan doktor ketika berada di hospital dan bergambar. Doktor yang merawat bapanya berkata, jari tersebut tidak dapat disambungkan, kerana semua sel-sel sudah mati.

Doakan pembedahan abah saya

https://www.instagram.com/p/Bu3xsLCB-qe/

Ekoran itu, bapanya terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang jari tersebut untuk mengelakkan sebarang jangkitan. Katanya, dia memohon semua netizen untuk mendoakan pembedahan ayahnya selamat dan dipermudahkan.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen mendoakan bapa Karl kembali sembuh serta memuji keberanian bapanya itu dalam menahan kesakitan yang dialami.

Sumber: Karl Shafek

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×