berita

Tak Banyak Sembang Tapi Murah Senyuman, Acha Septriasa Selitkan Doakan Ashraf Sinclair Walau Jauh

February 19th, 2020 | by faris
Kini Trending

Pemergian tiba-tiba pelakon Ashraf Sinclair mengejutkan peminat di Malaysia dan Indonesia pada awal pagi Selasa. Jenazah Ashraf telah selamat dikebumikan di taman makam San Diego Hills, Jawa Barat pada petang semalam. Selain ucapan takziah dan doa untuk arwah, rakan-rakan artis turut berkongsi kisah masing-masing sepanjang perkenalan dengan arwah, antaranya Acha Septriasa.

Tak banyak sembang, selalu senyum

Heroin My Heart itu menceritakan dia mendengar kebaikan perilaku pasangan suami isteri Ashraf dan Bunga Citra Lestari yang disifatkan oleh jiran mereka sebagai tidak banyak bercakap namun tidak lokek dengan senyuman.

Stay strong. Unge, (panggilan untuk Bunga) I am lost for words now. Semoga amal ibadah dan kebaikan Ashraf selama hidup selalu menjadi ladang pahala terbesar.

Selama tinggal di KL saya dengar dari rakan-rakan ayah di pejabat yang salah seorangnya jiran kalian, yang paling saya ingat adalah Bunga dan Ashraf tak banyak bersembang tapi selalu senyum, kalau melewati rumah saat sedang pergi ke masjid, jujur, itu yang saya dengar.

Selalu dalam doa

Acha turut memuji keluarga arwah yang banyak memberi kebahagiaan kepada orang sekeliling, selain berterima kasih kerana menjadi inspirasi kepadanya. Aktres ini juga turut memberi jaminan dia akan sentiasa ada sebagai rakan walaupun tinggal berjauhan.

Ramai orang cakap kalian family yang agak berbeza apa adanya dan selalu membawa keceriaan buat banyak orang, and to remind ourselves that we can always just be who we wanted to be, just the way we are.

Terima kasih buat inspirasinya buat keluarga muda  seperti saya sekeluarga ini. Jujur sedih sangat tak bisa diungkapkan. I want you to know I always be right here as a friend. Walau jauh. Peluk hangat. You are in my thoughts and prayers.

Sumber: Acha Septriasa

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×