berita

Tak Beretika & Tak Hormat Orang! – Fizo Omar Tempelak Peminat Di Twitter

April 10th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Fizomawar Baru-baru ini, timbul berita mengenai isteri kepada pelakon kacak, Fizo Omar membuat rampasan tudung keatas pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan tudung tiruan Fareeda.

Artikel Berkaitan : Rekaan Tudung Fareeda Diciplak, Isteri Fizo Omar Adakan Sidang Media Rampasan Produk Tiruan

Berikutan itu, mungkin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, ada segelintir peminat telah mengutarakan pendapatnya di laman sosial Twitter dan mendakwa Fizo serta isterinya hanya inginkan publisiti selain melabel tudung tersebut tidak menutup aurat.

Justeru, mungkin kerana terasa dengan kata-kata yang dilemparkan, Fizo tampil membalas status tersebut dan menegur perbuatan peminatnya itu.

sidang media rampasan Mawar

Sidang media yang diadakan oleh syarikat tudung Fareeda

Bukan itu sahaja, status tersebut turut mendapat perhatian pengacara terkenal, Dato’ Aznil Nawawi yang turut tidak senang dengan tuduhan dilemparkan peminat tersebut.

Berikutan itu, Fizo telah membalas kenyataan tersebut dan melebelkan peminatnya tidak beretika serta tidak menghormati orang lain.

Fizo Screen Shot 2014-04-09 at 4.23.34 PM Tak cukup dengan itu, peminat itu turut menuduh tudung keluaran Fareeda terlalu singkat untuk dipakai dan tidak menutup aurat. Lantas, melalui laman Facebook milik Fizo, pelakon itu meminta agar peminat tidak menunding jari atau saling menyalahkan antara satu sama lain.

Berkaitan dengan size tudung pula,ada yang mengatakan size tudung FAREEDA ini singkat dan tidak menepati syariat islam dlm menutup aurat. Tetapi tidak perlu untuk menghina isteri saya sebagai pemilik dan juga model FAREEDA dan ada juga yang cuba menjatuhkan imej FAREEDA. Sebenarnya tudung FAREEDA mempunyai pelbagai size mengikut kehendak dan permintaan para pelanggan. Cuma permintaan tinggi terhadap tudung seperti mana yang dipakai oleh Madam rose,isteri saya, jadi sebab itu lah ianya lebih komersial berbanding tudung-tudung yang labuh yang dikeluarkan oleh pihak FAREEDA. Jadi jikalau anda tidak pernah kenal secara mendalam dgn FAREEDA ini adalah tidak baik untuk terus menunding jari atau menyalahkan pihak FAREEDA.

Nampaknya, Fizo sudah tidak mampu lagi menahan segala tohmahan yang diberikan terhadap syarikat milik isterinya itu.

Apapun, kami doakan semoga Fizo serta isteri tabah dan semoga perniagaan mereka terus maju!

SKIP THIS AD ×