berita

‘Tak Berniaga Nak Makan Apa’ – Nenek 87 Tahun Meniaga Tepi Kaki Lima Undang Sebak

July 15th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sejak pandemik COVID-19 melanda negara kita, ramai golongan yang terkesan sehingga terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang demi mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan seharian mereka. Begitulah juga seperti kisah seorang nenek tua yang sanggup berniaga walaupun sudah tua.

‘Berapa lama dah mek tak makan nasi’

Menerusi video yang dimuat naik oleh Hanif Asyraf di akaun TikTok, pemuda tersebut dilihat berjalan di Pasar Besar Siti Khadijah dan terserempak dengan seorang nenek yang sudah uzur sedang duduk di kaki lima sambil berniaga.

Di dalam video berkenaan, wanita tersebut dilihat sedang menjual barang masakan seperti asam keping, buah nanas serta serai. Menurut wanita tua itu, dia hanya tinggal seorang diri di Selising, Pasir Puteh, Kelantan dan sanggup datang ke pasar tersebut demi mencari rezeki untuk membeli sekampit beras kerana sudah lama tidak makan nasi akibat tiada wang.

Tak berniaga nak makan apa. Sekarang duduk seorang. Berapa hari dah mek tak makan nasi. Tak ada duit nak beli beras. Mek hanya makan biskut kering dua keping. Ni air pun orang bagi.

Mek datang nak buat beli beras satu kampit. Dah dapat beras, mek tak datang dah. Kalau awak tak keberatan, mek minta duit RM5 je nak beli beras.

Lebih menyedihkan lagi apabila wanita berkenaan memberitahu bahawa penglihatannya sudah tidak jelas lagi kerana mata sebelahnya sudah tidak berapa nampak.

Bagi sebungkus asam keping sebagai tanda terima kasih

Simpati melihat nasib wanita yang berusia 87 tahun itu, pemuda berkenaan menawar diri untuk membeli barang keperluan dan makanan untuknya. Namun, warga emas itu hanya meminta RM5 sahaja untuk membeli beras dan nasi goreng untuk mengalas perutnya.

Mek tunggu sekejap ya, kita pergi beli jap. Beli beras untuk mek. Nak beli banyak-banyak dia tak boleh bawak. Nanti kita bawak lain kali pula.

Walau bagaimanapun, pemuda itu tidak membeli barang yang banyak kerana wanita berkenaan menolaknya berikutan sukar untuk dibawa pulang ke rumahnya sendiri. Di akhir video, warga emas berkenaan memberi sebungkus asam keping kepada pemuda tersebut sebagai tanda terima kasih kerana sudah menolongnya.

‘Jauh-jauh mek ni datang demi mencari sesuap nasi’

@hanifasyraf1Jauh2 mek ni datang demi mencari sesuap nasi ? Allahuakbar , Kau berikanlah kesihatan yg sempurna untk mek ni ##sedekah? bunyi asal – Hanif Asyraf

@hanifasyraf1Ok part 2 ? nnti saya cari balik makcik ni ##sedekah ##indonesia ##thailand? bunyi asal – Hanif Asyraf

Sumber: hanifasyraf1

SKIP THIS AD ×