berita

Tak Boleh ‘Bersama’ Hingga Tamat Belajar, Suami Jumpa Foto Separuh Bogel Isteri Dengan Wanita Lain

June 22nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti inginkan hubungan mereka kekal bahagia hingga ke syurga. Namun, mereka yang mendirikan rumah tangga pasti diuji dengan pelbagai dugaan serta ujian sepanjang bergelar suami isteri.

Bagaimanapun, kebiasaanya kita didedahkan dengan cerita penceraian gara-gara suami seorang yang homosexual atau lebih dikenali sebagai gay. Akan tetapi kita jarang mendengar kisah mengenai penceraian akibat isteri yang mempunyai nafsu yang songsang atau bahasa mudahnya lesbian.

Isterinya letakkan beberapa syarat

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh peguam Nur Fatihah Azzahra di Facebooknya, dia menceritakan mengenai seorang kenalan pengajiannya di Timur Tengah yang sudah berkahwin namun diminta untuk ceraikan isterinya gara-gara isterinya menyukai hubungan sejenis.

Kisah berkenaan bermula apabila rakan lelakinya itu bertemu dengan seorang pak cik yang hendak menjodohkan anaknya yang merupakan lepasan bidang agama di salah sebuah universiti tempatan dengan dirinya namun, wanita tersebut telah meletakkan beberapa syarat untuk berkahwin.

Isteri letakkan syarat pertama, lepas kahwin mesti tinggal di rumah keluarganya, mudah nanti segala kelengkapan sudah ada. Rakan saya sekadar bersetuju kerana mentua sendiri galakkan begitu.

Syarat kedua, tidak boleh lakukan hubungan kelamin sehingga isteri tamat Master, nanti pelajaran terganggu.

Lelaki berkenaan setuju dengan syarat-syarat tersebut kerana fikir hanya berbaki beberapa bulan sahaja sebelum isterinya tamat pengajian dan dia juga tidak mahu bergaduh disebabkan perkara sebegitu asalkan mereka tidur sebilik.

Terjumpa gambar dan video mesra isteri dengan perempuan lain

Sekadar gambar hiasan

Masalahnya bermula apabila si isteri sudah menamatkan pengajiannya, namun dia masih tidak membenarkan si suami untuk bermesra bersamanya apatah lagi jika ingin ‘bersama’. Apabila suaminya meminta, dia enggan menunaikannya dan memberi alasan bahawa dia masih muda serta memberi amaran untuk mengadu dengan ibu bapanya.

Walau bagaimanapun, ketika si suami meminjam laptop isterinya kerana laptopnya rosak dia ternampak beberapa folder gambar yang lain sehingga menyebabkan dirinya tertanya-tanya gambar apa yang ada di dalam folder berkenaan.

Berderau darah dia apabila dalam satu folders yang ada, penuh gambar dan video mesra isterinya sendiri dengan seorang wanita dalam keadaan separuh bogel bahkan tidak berpakaian langsung. Ada juga beberapa screenshot mesej luahan perasaan kasih sayang antara kedua-dua pasangan tersebut pada tahun 2019.

Failkan cerai demi tutup aibnya sendiri

Sekadar gambar hiasan

Akibat daripada itu, pergaduahan antara mereka mula tercetus kerana suaminya mengungkit mengenai isu gambar-gambar berkenaan sebagai punca isterinya enggan ‘bersama’ dengannya dan isterinya tidak jujur dari awal mengenai dirinya sendiri.

Apabila diadukan kepada ibu bapa mentua, rupanya mereka sendiri sudah tahu tapi masih lagi letakkan kesalahan di atas bahu suami atas alasan, “kalau kamu ustaz tak boleh bimbing isteri ke jalan yang betul, malu lah.” Habis satu keluarga mentua ugut beliau akan hilang kerjaya kalau isu rumahtangga ini sampai ke pengetahuan pihak luar kerana mentuanya orang pangkat besar.

Akhirnya si isteri dikatakan telah memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah atas alasan suaminya mempunyai sifat panas baran, tidak menyediakan tempat tinggal serta rumah tangga mereka tidak bahagia demi menutup aibnya sendiri.

Sumber : Nur Fatihah Azzahra

SKIP THIS AD ×