Pelakon cilik, Puteri Rafasya dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian pinggul serta pinggang pada 22 Februari yang lalu.
Perlu masa untuk berdiri dan berjalan
Menerusi posting di Instagram, kejadian itu berlaku apabila seorang kanak-kanak yang tidak dikenali telah menarik kerusi Puteri tatkala dia sedang berlatih salah satu adegan dalam drama Jaga Aku Selamanya.
Berikutan kejadian tersebut, Puteri terpaksa memakai lampin pakai buang untuk membuang air besar dan kecil.
Lebih teruk, doktor mengesahkan Puteri masih tidak boleh berjalan atau duduk seperti biasa dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Akan tetapi tahap kesihatan Puteri dan juga selera makannya beransur pulih.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Puteri diletakkan di zon kuning semalam kerana terpaksa membuang air menggunakan tiub.
Kejadian yang menimpa Puteri tidak boleh didiamkan lagi. Mohon doa yang tidak putus-putus dari peminat, keluarga & rakan-rakan serta Kenalan . Semoga Allah angkat kesakitan Puteri Rafasya dan gantikan dengan kesembuhan.
Susulan daripada pemeriksaan doktor, Puteri masih memerlukan masa untuk berdiri ataupun berjalan tanpa bantuan kerusi roda mahupun pembantu.
Keadaan emosi Puteri sudah agak stabil akibat trauma kejadian tersebut.
Sumber: Puteri Rafasya