berita

‘Tak Boleh Nak Tidur Sama-Sama..’ – Belum Sampai Seminggu Nikah, Uqasha Rindu Nelydia

April 9th, 2019 | by Shafika
Lensa Insta

Hujung minggu lalu, semua sedia maklum pelakon cantik manis Nelydia Senrose selamat menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan. Majlis resepsi yang berlangsung di JW Marriot Kuala Lumpur itu berjaya menarik perhatian netizen.

Terbaru, Uqasha Senrose, kakak kepada pelakon cantik itu memberi ucapan terakhir di Instagram miliknya. Luahan itu buat ramai netizen sebak sayu!

Tak boleh tidur sama-sama

MasyaALLAH b , awak cantik sangat tapi malam semalam awak tersangat lah extra cantik . The dress makeup just so perfect that night.  Again b tahniah dah jadi bini orang hehe macam tak percaya langsung Baby dah ada new life.

Nanti puasa and raya tahun ni b beraya dengan suami , dah tak boleh nak tidur sama-sama n bangun sahur or nak kena marah dengan mama sebab selalu bangun sahur dah habis masa hahaah :’) .

Thank you Sha bagi abang

And pun sama nanti dah tak boleh share one room and try try baju raya sama-sama sebab b ada tanggungjawab lain kena sedia kan makan pakai cik husband pulak . Thank you b bagi Sha seorang Abang which is @mhafezhalimi.

Hafeez please jaga Baby baik-baik tau ! Kalau dia meragam pun layan kan je tau sebab dia manja and kejap je if dia cranky. Sha nak cepat cepat anak sedara sebab aryan khan dah besar dah . So nak jaga anak Baby pulak .  I love you so much Nelydia.

Respon Nelydia

Ramai terharu

Sumber : Uqasha Senrose