berita

Tak Boleh Renew Lesen Memandu & Road Tax Jika Gagal Bayar Kompaun DBKL – JPJ

October 23rd, 2018 | by Wan
Kini Trending

Pesalah trafik yang gagal menjelaskan kompaun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyebabkan mereka disenaraihitamkan dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas arahan mahkamah.

Bukan itu sahaja, mereka yang gagal melunaskan kompaun berkenaan tidak boleh memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan ketika berurusan dengan JPJ. Mereka yang disenarai hitam perlu melunaskan kompaun DBKL terlebih dahulu sebelum dapat meneruskan urusan.

Dah lama kerjasama

Menerusi laporan Berita Harian, jurucakap JPJ memaklumkan pihak mereka sememangnya sudah lama bekerjasama dengan DBKL, namun baru-baru ini DBKL menekankan perkara itu selepas tempoh diskaun kompaun yang dijalankan pihak DBKL tamat pada September lalu.

Kami mempunyai sistem bersepadu dengan pihak DBKL yang mana pesalah trafik yang gagal melunaskan kompaun akan disenarai hitam. Bukan DBKL dan bukan JPJ…ini adalah atas perintah mahkamah.

Selain DBKL, JPJ juga mengakui sudah bekerjasama dengan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Sehingga kini PBT yang memegang status bandar raya seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga sudah bekerjasama dengan pihaknya sejak beberapa tahun lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata tindakan itu akan diteruskan seperti yang diputuskan Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad, sebelum ini.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×