berita

Tak Boleh Tidur Sebab Fikirkan Wanita, ‘Raja Playboy’ Akui Dah 87 Kali Kahwin – ‘Saya Ada Nafsu Yang Tinggi’

November 1st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, seorang warga emas di Indonesia yang dikenali dengan nama Kaan menjadi bualan hangat rakyat negara seberang selepas lelaki itu mengaku pernah berkahwin sebanyak 87 kali.

Dah kahwin 87 kali

Kaan yang kini berusia 61 tahun digelar ‘Raja Playboy’ disebabkan sejarah silamnya yang kerap mendirikan rumah tangga. Lebih mengejutkan apabila Kaan kini sedang merancang untuk berkahwin buat kali ke-88 bersama salah seorang bekas isterinya. Tambah Kaan, dia dan bekas isterinya yang ke-86 itu masih mencintai meskipun sudah lama berpisah.

Perasaan cinta antara kami masih kuat dan saya enggan mempermainkan perasannya. Selama ini juga, dia masih ‘tergila-gilakan’ saya walaupun usia perkahwinan kami dahulu hanya sebulan.

Saya ada prinsip tak boleh mempermainkan perempuan seperti yang diajarkan orang tua saya, jadi saya merancang akan balik lagi dengan dia.

Cuba jadi ayah yang bertanggungjawab

Sekadar gambar hiasan

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai kehidupan terdahulu, Kaan akui dia mula mendirikan rumah tangga ketika berusia 14 tahun dan gadis pertama yang dinikahinya berusia 16 tahun.

Namun siapa sangka, perkahwinan yang dibina hanya bertahan selama dua tahun sahaja. Kaan akui sangat kecewa dan berasa marah selepas berpisah dengan isteri pertamanya. Sejak daripada itu, Kaan nekad mencari ilmu ‘kerohanian’ untuk membuatkan ramai wanita jatuh cinta kepadanya.

Saya juga mempunyai nafsu yang tinggi, tetapi saya hanya ingin bersama wanita yang sah. Jadi saya berkahwin dengan wanita yang saya kenali. Saya tidak mahu mempermainkan perasaan perempuan, apatah lagi anak orang lain. Daripada makan snek di jalanan, saya lebih suka berkahwin.

Dakwa Kaan lagi, akibat kerap menikah, dia kurang berselera untuk makan malah susah untuk tidur kerana terlalu memikirkan perempuan. Difahamkan, Kaan kini memiliki tujuh orang anak hasil perkahwinannya sebanyak 87 kali dan mereka mempunyai hubungan yang baik. Meskipun kerap bertukar isteri adalah satu perbuatan yang tidak baik tetapi Kaan selalu berusaha untuk menjadi ayah yang baik dan bertanggungjawab terhadap anak-anaknya.

Sumber: Tribunnews, Detik.com

SKIP THIS AD ×