berita

Tak Boleh Tidur & Terlalu Banyak Berfikir, Lelaki Parah Kelar Leher Sendiri

July 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Sekadar gambar hiasan

Di Port Dickson, seorang lelaki berusia 36 tahun dilaporkan parah selepas mengelar lehernya sendiri menggunakan sebilah pisau. Difahamkan, dia berbuat demikian kerana menghadapi masalah tidur dan terlalu banyak berfikir.

Dilakukan ketika isteri tidur

Foto: Harian Metro

Lapor Harian Metro, mangsa yang menetap di Bandar Sunggala telah dikejarkan ke Hospital Port Dickson bagi menerima rawatan lanjut susulan kecederaan yang dialaminya. Ujar Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed mangsa merupakan seorang peniaga restoran di Teluk Kemang, dan mempunyai empat cahaya mata. Kejadian tersebut tidak disedari oleh isteri mangsa berikutan sedang tidur di bilik utama.

Isteri mangsa terdengar jeritan mangsa di dalam tandas dan terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah sambil memegang leher. Senjata pisau yang digunakan oleh mangsa dipercayai diambil dari dapur rumah mangsa sendiri.

Tambah Aidi Sham lagi, perbuatan tersebut dipercayai akibat daripada tindakan mangsa sendiri.

Alami kecederaan teruk

Sekadar gambar hiasan

Ujar isteri mangsa, sebelum kejadian suaminya sering menghadapi masalah tidur dan terlampau berfikir. Pada masa yang sama, dia turut menceritakan mangsa sama sekali tidak mempunyai sebarang masalah kewangan mahu pun masalah peribadi.

Mangsa mengalami kecederaan teruk di leher (urat putus) sebelum dipindahkan ke Zon Merah Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut. Berdasarkan maklumat diperolehi dari pegawai perubatan, mangsa sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Port Dickson kerana mengalami masalah tidak boleh tidur malam kerana mengalami masalah ‘anxiety’.

Menerusi siasatan awal pihak polis, faktor kewangan bukan punca utama lelaki itu berbuat demikian.

Keadaan mangsa kini stabil selepas menjalani pembedahan di HTJ Seremban dan sudah pun dipindahkan ke wad untuk pemantauan. Walau bagaimanapun, mangsa akan dirujuk dengan pakar psikiatrik untuk rawatan lanjut selepas dibenarkan keluar dari HTJ.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×