berita

‘Tak Boleh Tunggu Minggu Depan Pergi Langkawi’? – Nabila Huda

September 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Inisiatif gelembung pelancongan di Langkawi yang bermula semalam telah membuatkan ribuan pelancong datang untuk bercuti di pulau peranginan tersebut.

Artikel Berkaitan: Sanggup Bersesak Mandi Air Terjun, Fynn Jamal Tanya Mana ‘Common Sense’ – ‘Kalau Kena PKP Balik Tau Pula Mengamuk’

Artikel Berkaitan: ‘Please Nora Kita Dah Akhir Zaman’– Belanja ‘Outfit’ Pantai Kena Kecam Netizen, Nora Danish Tutup Ruang Komen

Tak boleh tunggu minggu depan?

Susulan itu, pelakon Nabila Huda, 36, menyuarakan persoalan yang berlegar di fikirannya mengenai sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak bersabar setiap kali kerajaan memberi kelonggaran sepanjang pandemik Covid-19.

Tanya Nabila atau lebih mesra disapa Abil di laman Twitter, perlu ke serentak ramai-ramai pergi ke Pulau Langkawi pada hari pertama gelembung pelancongan.

Malah anak kepada legenda rock terkenal Amy Search ini turut mengaitkan dengan kejadian sesak di kawasan air terjun baru-baru ini dan panic buying di pasar raya.

Hanya bertanya bukan menentang

Bagaimanapun, pengacara program Melodi itu berharap agar tidak ada timbul salah faham dengan luahan yang dibuat ini. Tegasnya, dia tidak menentang sesiapa kerana faham setiap orang ada pilihan dan pendapat tersendiri.

Korang jangan salah anggap pula. Abil tak against anyone. Setiap orang ada pilihan dan pendapat masing-masing. Saya bukan bagi pendapat atau bagi statement. Saya hanya bertanya. ‘Kenapa’ itu saja. Kang lain pula orang fikir. Apa-apa pun, jaga diri okey?

Untuk rekod, inisiatif gelembung pelancongan di Langkawi yang bermula 16 September bakal dijadikan penanda aras dalam usaha memperluaskan inisiatif berkenaan agar lebih banyak destinasi pelancongan dalam negara dibuka.

 

Sumber: Twitter @abilsuhaimi

SKIP THIS AD ×