berita

Tak Call Ambulans Bila Taqim Kena Tikam, Penonton ‘Geram’ Ending Tak Sempurna Mencintaimu

April 28th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Akhirnya drama ‘Tak Sempurna Mincintaimu’ telah pun tamat setelah berminggu-minggu disiarkan. Namun ending drama berkenaan telah membuatkan ramai penonton tidak berpuas hati.

Dalam episod terakhir semalam, Sirat telah mengetahui segala tipu daya dan kejahatan Melissa sehingga keluarganya hancur.

Taqim datang nak selamatkan Sirat tapi dia pula terkorban

Epul akhirnya datang untuk mneceritakan segala rahsia mengenai kejahatan Melissa dan meminta maaf bagi pihak ibunya, Mak Cik Rokiah kerana ibunya telah bersubahat dengan Melissa untuk menjatuhkan Sirat.

Kemudiannya, Sirat pulang semula ke rumah Taqim setelah dipujuk oleh Safwan, namun semasa di rumah berkenaan, Sirat terserempak pula dengan Melissa dan mereka bertengkar.

Lebih mengejutkan lagi apabila Melissa sendiri mengaku kepada Sirat bahawa dia merupakan penyebab ibu Sirat meninggal. Akibat bengang dengan Melissa, Sirat cuba menghubungi pihak polis dan akhirnya berlaku pergelutan di antara mereka. Walau bagaimanapun, ketika Melissa ingin menikam Sirat, Taqim pula yang terkena tikaman tersebut.

‘Tragis betul hidup Sirat semua hilang’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @seramdb

‘Aku pula terjerit-jerit dalam rumah suruh call ambulance’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa geram dengan pengakhiran cerita berkenaan dan jika dibandingkan dengan jalan cerita di dalam novel sangat berbeza. Ada juga di antara mereka yang terkejut apabila Taqim meninggal dan mempersoalkan kenapa Sirat tidak menghubungi ambulans.

Sumber : seramdb

SKIP THIS AD ×