berita

Tak Cool La Bro Curi Idea Orang

July 5th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Nama Haqiem Rusli kini trending di laman sosial media gara-gara isu depresi yang dibangkitkannya sebelum ini. Tindakannya itu telah mendapat kecaman bukan sahaja dari netizen malah dari rakan-rakan artis yang lain seperti Faizal Tahir dan Caprice.

Belum reda isu itu, timbul pula dakwaan mengatakan Haqiem Rusli menggunakan ‘intro’ lagu barunya, Selamat Tinggal Sayang tanpa pengetahuan serta keizinan dari penyusun muzik asal, Sufie Rashid. Eh apa cerita ni?

Tak sangka susunan lagu sama

Bekas peserta Akademi Fantasia, Sufie Rashid meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Haqiem Rusli kerana menggunakan ‘intro’ lagu baru, Selamat Tinggal Sayang tanpa keizinannya. Menurut Sufie, muzik itu disusun olehnya sekitar tahun lalu, namun terkejut apabila mendapati lagu Haqiem itu sama dengan susunan yang dibuatnya.

Apabila ramai yang berkongsi lagu itu di media sosial, saya pun dengarkannya. Memang tak sangka susunan muzik yang saya buat dalam bentuk demo untuknya, dijadikan ‘intro’ untuk lagu baru itu.

Tak tahu salah siapa

Tambah penyanyi dari Singapura itu, dia tidak inginkan bayaran atau penghargaan berlebih-lebihan, sebaliknya lebih elok jika Haqiem minta izin dan mengikut prosedur yang sepatutnya.

Sebelum dia menempa nama seperti hari ini, selalunya dia akan buat demo dengan menggunakan gitar. Sebagai orang yang boleh dikatakan rapat dengannya, saya nak sokong apa yang dia lakukan.

Satu hari, dia beritahu saya yang dia nak buat demo yang lebih ‘proper’, jadi saya susun semula lagu itu dan mainkan dengan piano.

Saya tak tahu sama ada ini salah Haqiem sendiri atau pihak pengurusannya. Kalau dia minta izin untuk gunakan demo yang saya buat itu atau kredit nama sebagai penyusun, tak jadi masalah. Ini tidak.

Selain itu, Sufie turut mengaskan bahawa tindakan itu sangat murahan.

Murah sangatlah kalau sekadar curi idea orang lain dan kredit nama sendiri. Lagi pula, lagu itu pun bukan ciptaan dia sepenuhnya, tapi bersama seorang rakannya.

Sufie juga berkongsi rasa terkilannya di laman Facebook dan Instagram miliknya dan luahannya menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×