berita

Tak Cukup Duit, Sakit Teruk & Hilang Kerja – 8 Perkara Ni Korang Paling Takut Bila Ada Anak Nanti!

August 22nd, 2017 | by Epul
Kini Trending

Sebagai ibu bapa, kalau tak fikir pasal anak satu hari memang tak sah. Setidak-tidaknya mesti dalam kepala teringat “anak aku dah makan ke belum ye?” Walaupun apa yang difikirkan tu kadangkala remeh, ia memang perkara biasa kalau jadi ibu bapa!

Tapi, jangan anggap jadi ibu bapa ni senang. Dan bukan kami nak kata jadi ibu bapa ni terlalu sukar. Ada masanya kita risaukan apa akan jadi pada mereka bila besar nanti dan macam-macam lagi perkara bermain dalam kepala. Ha, kalau korang nak tau, ada banyak benda diorang fikir sebenarnya. Kami kongsikan 8 daripadanya, cuba korang hayati…

1. “Baru bayar rumah, kereta, bil api, air. Tapi, belum beli baju sekolah anak, cukup ke duit ni?”

Sebagai ibu bapa, semua keperluan anak akan disediakan dari makan, pakai, riadah dan macam-macam lagi. Tapi, ada masanya diorang risau tak cukup duit nak bagi anak happy. Ye lah, bila gaji terus bayar rumah, kereta, keperluan rumah, bil utiliti dan macam-macam lagi. Jangan risau, kalau pandai manage kewangan in shaa Allah cukup sebab rezeki Tuhan kat mana-mana!

2. “Aku ni tak tahu la boleh hidup berapa lama lagi. Apa jadi dengan anak aku 10 tahun lagi ya?”

Selalu ibu bapa fikir umur tak panjang, kadang-kadang tu terucap depan anak. Anak pun boleh jadi takut tau! Tapi, biasalah ibu bapa kita kan? Mereka risau dengan umur yang makin meningkat, boleh ke diorang jaga anak sampai tua? Apa yang boleh diorang buat adalah beri nasihat untuk anak cucu supaya jadi manusia berguna, di samping terus berdoa untuk kebahagiaan bersama!

3. Anak sakit, sepantas kilat dia akan hantar ke hospital!

Bila anak sakit teruk atau sakit biasa, ibu bapa adalah orang yang paling panik! Dapat je detect anak batuk terus bawa ke klinik untuk check, kan? Kalau kena operate atau rawatan, sanggup diorang berhabis ribuan ringgit tau asalkan anak sembuh! Kalau tak sembuh juga, diorang sanggup hantar berubat cara tradisional pulak, asalkan sembuh!

4. “Kan bagus kalau anak aku masuk universiti. Tapi duit simpanan pun ada berapa je ni”

Ibu bapa mana taknak tengok anak belajar tinggi sampai masuk universiti? Tapi, perihal kewangan yang membataskan hasrat diorang, akhirnya terkubur. Ada ibu bapa, sanggup buat overtime, pinjam duit adik-beradik dan pajak gadai geran tanah dan kereta untuk sara kos belajar anak. Zaman sekarang, pinjaman pembelajaran dah ada. Tapi… sampai bila nak pinjam nanti anak-anak terbeban dengan hutang bila dah graduate.

5. “Dah pukul 11 tapi Fatin belum balik. Pergi mana dia ni?”

Tak kira la anak lelaki atau perempuan, bila keluar tapi balik lambat ibu bapa mesti risau. Lagi-lagi keluar malam, boleh tak tidur mak bapak korang tunggu balik tau. Bukan apa, diorang fikir bab keselamatan dan dengan siapa korang keluar. Lagi-lagi zaman sekarang ni banyak kes rompak, samun, rogol dan culik keluar kat tv. Mintak-mintak dijauhkan lah!

6. “Nak ke anak aku jaga masa tua nanti. Kesian pulak kat diorang, macam susahkan pulak”

Bila umur makin meningkat, tenaga badan pun makin lemah. Jadi, tanggungjawab anak pulak yang kena jaga ibu bapa bila diorang tua nanti. Tapi biasalah mak bapak kita akan fikir diorang susahkan kita. Ye la, ada anak bini nak kena tanggung lagi.. Ada baiknya kita yang jaga mak ayah sendiri daripada hantar rumah orang tua. Kalau boleh jangan lah ya?

7. Hilang kerja dalam tempoh 24 jam. Boleh kena heart attack!

Bila anak hilang kerja, mak bapak adalah orang yang paling panik! Ye la, macam mana nak tanggung makan pakai, belanja, sewa rumah dan hutang kereta? Sakit woo!

Bila jadi macam tu, ibu bapa korang mesti tolong cari kerja atau bagi duit sikit untuk makan dan bergerak ke sana sini cari kerja kan? Ada pulak ajak duduk sekali dgn mak bapak, takpayah bayar rumah sewa. Cepat-cepat cari kerja dan jaga la kerja elok-elok ok?

8. Masa depan… Yang ini semua orang akan risau!

Bukan korang je risau pasal masa depan, mak ayah korang pun fikir perkara ni hampir setiap masa. Apa akan jadi dengan anak-anak diorang bila makin dewasa? Mampu ke anak-anak survive? Sebab tu dari kecik diorang hantar anak belajar macam-macam. Kelas menari, muzik, lakonan, silat dan macam-macam lagi. Siapa tahu dapat cungkil bakat dari kecik kan?

Risau pasal anak-anak? Jom menabung untuk masa depan diorang!

Kalau anda ibu bapa dan kerap sangat risau pasal anak-anak, apa kata buat tabungan dari awal dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) Plus daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ia adalah satu skim atau pelan simpanan yang disediakan untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. Bukan dulu dah ada?

Haa, kalau korang tak tau, SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. SSPN-i Plus juga menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih. Menarik, nak tau apa yang special?

1. SSPN-i Plus ni lengkap dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. Jangan risau kalau jadi apa-apa kelak, dah siap ada perlindungan. Terjamin!

2. Untuk ibu bapa yang ada anak Tahun 1, korang akan dapat geran sepadan secara percuma bernilai RM50. Wah, untungnya!

3. Korang juga berpeluang menyertai Cabutan WOW! 20 Tahun PTPTN yang menawarkan ganjaran tunai lebih RM500,000 kepada lebih 2,500 pemenang. Untung gila!

4. Semestinya, produk ni patuh syariah untuk perancangan kewangan pendidikan tinggi. Tiada unsur riba dan korang jangan risau kerana ia patuh Syariah!

5. Bukan tu je, simpanan dijamin kerajaan. Risau kena cukai? Jangan risau, SSPN-i Plus ni ada pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000!

6. Sebanyak 6 pakej ditawarkan dalam SSPN-i Plus boleh korang pilih dari serendah RM30. 1 hari RM1 je, murah kan?

7. Semestinya, pemohon layak memohon pinjaman PTPTN.

Wah, banyaknya keistimewaan SSPN-i Plus! Kalau korang nak tau lebih lanjut, layari www.lovesspn.com. Selamat menabung!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×