berita

‘Tak Dapat Ambil Bahagian Dalam Perlumbaan GP Sakhir Minggu Ini’ – Lewis Hamilton Positif Covid-19

December 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pemandu Formula One (F1), Lewis Hamilton, disahkan positif Covid-19 selepas menunjukkan gejala ringan virus tersebut. Menurut kenyataan media dari pasukan Mercedes, Hamilton akan terlepas daripada menyertai perlumbaan Grand Prix (GP) Sakhir di Bahrain minggu ini.

Disahkan positif

Pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 dengan dukacitanya mengumumkan Lewis Hamilton disahkan positif Covid-19 dan tidak dapat mengambil bahagian dalam perlumbaan GP Sakhir pada minggu ini.

Lewis Hamilton dipercayai selesai melakukan tiga ujian Covid-19 pada minggu lalu termasuk pada Ahad baru-baru ini di Litar Antarabangsa Bahrain. Namun, keputusan positif tersebut telah keluar semalam. Oleh itu, Hamilton terpaksa menjalani kuarantin mengikut protokol Covid-19 dan garis panduan pihak berkuasa kesihatan awam.

Pada masa yang sama, pasukan Mercedes juga akan mengumumkan pengganti sementara untuk Hamilton dalam perlumbaan tersebut. Antara pemandu simpanan yang dipercayai akan menggantikan Hamilton ialah Stoffel Vandoorne dan Esteban Gutierrez. Kesemua kontak rapat Hamilton juga telah dikenal pasti dan prosedur yang sewajarnya telah dijalankan buat mereka juga.

Kuarantin selama 10 hari

Di Instagram, Hamilton memuat naik satu posting mengenai keadaan dirinya. Jelasnya, semua pihak yang terlibat dalam perlumbaan itu sudah mengambil langkah berjaga-jaga sejak awal lagi. Namun, siapa sangka selepas melakukan ujian saringan sebanyak tiga kali, dirinya disahkan positif Covid-19. Oleh itu, dia berharap semua orang terus menjaga kesihatan dan saling menjaga antara satu sama lain.

Sumber: Lewis Hamilton & Mercedes

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×