berita

Tak Dapat Beraksi Di AJL 36, Ernie Zakri Bakal Bersalin Bulan Depan

January 8th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Penyanyi, Ernie Zakri mengesahkan bahawa dia tidak akan beraksi menyanyikan lagu Boneka di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 kerana sedang sarat hamil anak sulungnya dan dijangka bakal bersalin tidak lama lagi.

Tidak dapat beraksi di AJL 36

Kini, pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri sedang mencari penyanyi gantian yang boleh menggantikan dirinya. Meskipun sudah ada beberapa nama penyanyi yang bakal menggantikan dirinya termasuklah suaminya, Syamel ataupun ibu saudara, Ziana Zain, namun Ernie masih belum berbincang perkara berkenaan bersama syarikat rakamannya.

Saya belum berbincang dengan Syarikat Rocketfuel Entertainment mengenai penyanyi gantian. Malah, tarikh AJL 36 juga belum diperoleh.

Ikut logik, saya tidak boleh beraksi di pentas AJL 36. Sesuatu yang mustahil kerana saya dijangka melahirkan anak bulan depan.

Ernie juga turut meluahkan rasa sedih kerana terpaksa menerima hakikat bahawa dia tidak dapat meneruskan perjuangannya di AJL ke-36. Dalam masa yang sama, pelantun lagu Boneka ini juga bersikap terbuka menerima siapa sahaja yang bakal menggantikan dirinya nanti.

Sedih menerima hakikat tidak boleh meneruskan perjuangan dan memberi ‘roh’ kepada lagu itu. Namun, sesiapapun yang bakal menyanyikan lagu itu, saya terbuka.

Apa yang lebih utama dapat memuaskan hati komposer.

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×