berita

Tak Dapat Kawal Kemarahan, Lelaki Selamba Telan Kondom Berisi Pisang

January 31st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara tidak dapat menahan kemarahan, seorang lelaki di Amerika Syarikat terpaksa ke hospital kerana menelan kondom berisi pisang.

Telan kondom berisi pisang

Menerusi laporan Daily Mail, tindakan lelaki berusia 34 tahun itu disifatkan kejadian pertama yang berlaku di dunia.

Sepanjang pengetahuan kami, kes ini nampaknya pertama kali berlaku di mana kondom yang mengandungi pisang ditelan.

Menurut doktor, lelaki berkenaan datang ke jabatan kecemasan hospital berhampiran tempat tinggalnya kerana mengalami sakit perut, loya dan muntah. Tambah doktor, gejala itu dialaminya tujuh jam sebelum tiba di hospital.

Dia menderita sehingga tidak boleh makan atau minum dan tidak pernah ke tandas, sejak hari sebelumnya.

Hasil imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), mereka mendapati pisang berbalut kondom telah menghalang usus kecilnya.

Lelaki yang sihat itu mengaku menelan pisang yang dibalut kondom itu semasa kemarahannya memuncak, kira-kira 24 jam sebelum itu. Doktor menyatakan, pesakit mempunyai sejarah kemurungan tetapi menafikan niat mencederakan diri sendiri atau sejarah tertelan benda asing sebelum ini. Lelaki itu juga menegaskan, dia tidak pernah menggunakan dadah pada masa itu atau tidak mabuk.

Lelaki tersebut, bernasib baik apabila pakar bedah berjaya mengeluarkan kondom berisi pisang dari usus kecilnya. Terbaru, lelaki tersebut dibenarkan pulang ke rumah selepas tiga hari menerima rawatan di hospital.

Sumber: Daily Mail

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×