berita

Tak Dapat ‘Terbang’ Ke Bali, Isa Khan Teruja Miller Balik Disember Ini – ‘Dah Hampir Dua Tahun Saya Tak Jumpa’

November 12th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Umum tahu pelakon kacak kelahiran Malaysia yang menempa nama di Indonesia iaitu Miller Khan telah selamat berkahwin dengan pereka fesyen, Farina Rebecca pada pagi Rabu.

Artikel Berkaitan: Nikah Di Bali, Miller Khan Sah Bergelar Suami Farina Rebecca

Keluarga tak dapat hadir

Adik kepada Miller iaitu aktor Isa Khan menyatakan dia dan keluarga di Malaysia tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan abangnya dan Farina yang diadakan di Conrad, Bali, Indonesia.

Ketika dihubungi OhBulan!, Isa akui sedih kerana tidak dapat ‘terbang’ ke sana disebabkan virus Covid-19 belum lagi pulih sepenuhnya.

Keluarga di Malaysia tak dapat nak pergi Bali disebabkan Covid-19. Sedih memang sedih.. tapi nak buat macam mana. Pada masa yang sama, kami tak nak lambatkan benda yang baik. Sebab faham Covid-19 ni tak tau sampai bila.

Dua tahun tak jumpa

Ditanya sudah berapa lama tidak bertemu secara empat mata dengan Miller, pemilik nama Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan berkata hampir dua tahun.

Bagaimanapun, suami kepada aktres Risteena Munim ini teruja apabila dia akan berjumpa dengan Miller yang dijangka akan pulang ke Kuala Lumpur pada Disember ini.

Dah hampir dua tahun saya tak jumpa Miller. Masa saya kahwin Mac lalu pun dia tak boleh balik juga. Tapi alhamdulillah kita tengok sekarang ini kes dah makin menurun dan sektor pelancongan juga banyak yang dah dibuka.

Miller rancang nak balik ke Kuala Lumpur bersama isteri sekaligus untuk meluangkan masa dengan keluarga. Saya tak sabar nak jumpa sebab dah lama kan tak jumpa. Insya-Allah Disember ini kami akan kumpul sekeluarga.

Sebelum ini, Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan, 34, berkongsi siri foto pra perkahwinan bersama Farina di Instagram mereka sejak Oktober.

Untuk rekod, Miller telah melamar Farina di udara dengan menaiki helikopter pada 11 Mac 2021 ketika dibawa bersiar-siar di Jakarta, Indonesia.

SKIP THIS AD ×