Pelakon Eyka Farhana mencuri perhatian apabila berkongsi aktiviti yang dilakukannya ketika berjaga malam semasa berpantang.

Artikel Berkaitan: Eyka Farhana Kongsi Rutin Berpantang, Akui ‘Gatal Kaki’ Nak Keluar Rumah – ‘Dah Dua Minggu Rasa Nak Berjalan

Artikel Berkaitan: Eyka Farhana & Akhyar Rashid Selamat Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Muhammad Luay Khayr

Perkongsian Eyka

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Wan Sarmizi, 30, memuat naik foto berus-berus solekan yang disusun rapi selepas dicuci olehnya pada jam 2.56 pagi.

Menurut Eyka, kadang kala dia tidak dapat melelapkan mata meskipun bayinya sudah tidur. Justeru, dia memilih untuk menggunakan masa tersebut dengan membersihkan berus solekannya.

Tambah Eyka, aktiviti itu antara salah satu terapi untuknya sepanjang dalam tempoh berpantang.

Semua orang cakap tidur apabila bayi tidur, tetapi apabila saya tak boleh tidur, saya cuci berus solekan saya.

Ini terapi untuk saya semasa pantang.

Terdahulu, Eyka dan suami, Akhyar Rashid selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 16 Mei lalu yang diberi nama Muhammad Luay Khayr.

Untuk info, Eyka telah mendirikan rumah tangga bersama Akhyar pada 2 Mei 2025.

Sumber: Threads