berita

Tak Dibenarkan Jumpa Anak-Anak Sedang Kuarantin, Suami Pukul Isteri Sampai Cedera

October 14th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Hanya kerana isteri tidak membenarkan si suami berjumpa dengan anak kerana sedang menjalani kuarantin Covid-19, si suami bertindak memukul isterinya sehingga cedera pada lengan kiri di rumah mereka di Taman Kosas, Petaling Jaya.

Pukul isteri sebab tak bagi jumpa anak-anak

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, wanita berkenaan mendakwa bahawa dia dimarahi oleh suaminya dengan kata-kata kesat sebelum memukulnya dengan tangan dan kayu.

Kejadian dipercayai berlaku disebabkan suspek marah tidak dapat berjumpa dengan empat anaknya berusia lapan bulan hingga tujuh tahun ekoran mangsa bimbang dijangkiti Covid-19 kerana suspek menjalani kuarantin di rumah.

Suspek juga menghalau pengadu keluar dari rumah.

Dalam pada itu, lelaki berusia 35 tahun itu turut mengacukan garpu ke arah isterinya. Disebabkan kejadian itu, mangsa cedera pada bahagian lengan kiri dan menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras.

Akibat takut dengan tindakan suaminya itu, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk menghantar kesemua anaknya ke rumah keluarga di Cheras dan membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Rupanya suami positif dadah

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu, pihak polis telah berjaya menahan suspek di rumahnya dan direman empat hari bagi siasatan lanjut. Lebih mengejutkan lagi apabila hasil saringan ujian air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah.

Siasatan awal mendapati suspek tidak bekerja dan mereka sudah mendirikan rumah tangga sejak lapan tahun lalu.

Saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Walau bagaimanapun, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×