berita

‘Tak Gila Nak Lempang Orang Kalau Tak Kurang Ajar’ – Datin Tampar Guard Buka Mulut

August 30th, 2019 | by faris
Kini Trending

Netizen mengecam tindakan seorang wanita dipercayai bergelar Datin yang didakwa melempang pengawal keselamatan tempat kediamannya. Wanita itu berbuat demikian kerana dipercayai pengawal keselamatan terbabit menghalang ‘rider’ penghantar makanan naik ke unit kondo miliknya.

Setelah video 39 saat memaparkan wanita berkenaan melempang pekerja warga asing terbabit viral di laman sosial, Datin berkenaan dengan nama Sharina Jamal di Facebook tampil menjelaskan perkara sebenar.

Bukan marah kena turun

Foto hiasan

Saya bukan marah sebab kena turun.sbb masa saya turun tu, nak marah siapa, guard pun takde. Tapi saya sampai loby saya nampak adik rider tengah menangis. Bukan menangis sesikit. Nie menangis sampai teresak-esak. Saya pegi dekat dia terus dan tanya kenapa menangis. Dia cerita apa dari sorang guard ke sorang guard dan ke guard yang lain buat kat dia. Siap tengking2 dia lagi. Tu belum suruh dia jalan kaki jarak 4 block park motor untuk hantar makanan. Panjang lagi cerita. Saya pun tak gila nak lempang orang kalau tak kurang ajar. Bayangkan budak perempuan rider tu adik korang ke, sepupu korang ke yang kena dengan guard Nepal kurang ajar tengking-tengking. Sini ada services lift dulu yg boleh guna dari 6pg sampai 6ptg. Khas untuk delivery barang-barang yang resident order. Sekarang tiba-tiba dah jadi tak boleh. Beli barang tesco online menyusahkan kita nak angkut ke atas. Belum bab parcel delivery. Semua haru biru. Sistem apa tak tau diaorg nak guna.

SAYA MARAH BUKAN PASAL KENA TURUN. TAPI SAYA MARAH BUDAK PEREMPUAN MELAYU SANGGUP CARI REZEKI KEJE JADI RIDER TAPI KENA BULI DENGAN SECURITY GUARD BANGSA ASING. ADA LAGI BEBERAPA AYAT YG SANGAT KURANG AJAR KELUAR DARI MULUT GUARD YG SAYA LEMPANG TU. TAKPE. TUNGGU SAYA DAN ADIK RIDER TU KELUARKAN DALAM PAPER.

Yang tak tahu cerita sebenar, bukan main sedap ingat saya marah pasal kena turun. Tak mati pun kalau kena turun. Saya cukup sifat lagi nak bergerak berjalan. Saya marah sebab maruah seorang perempuan melayu dipermainkan. Saya suruh dia mintak maaf pun boleh gelak-gelak. Ingat benda kelakar.
Ramai dah rider kat sini jd mangsa kena marah pasal sikap guard..semalam saya stand bersuara sebab selagi seorang tak berani, security guard kat sini nada suara diaorang lagi tinggi dari kita yang bertanya elok-elok.

Saya bukan sehari duduk sini. Kalau betul saya bermasalah, buktikan kalau sebelum nie memana security guard di Block D kena marah dengan saya. Saya hilang sabar sebab air mata seorang adik perempuan yang cari rezeki jadi rider tapi orang luar boleh hina dan pandang rendah.

KORANG BOLEH VIRAL CERITA NIE MACAM MANA KORANG VIRAL.CERITA SEBELAH PIHAK. ADIK RIDER SAKSI. ALLAH SAKSI.

Bertanggungjawab dengan tindakan sendiri

Sumber: Sharina Jamal