Kongsi semula atau ‘repost’ pelakon Mia Sara Nasuha menyorot perhatian ekoran dakwaan terpalit dengan isu memburukkan pelakon Puteri Balqis dan keluarganya yang tular baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Keadaan Dia Biasa Sahaja, Pihak Kami Belum Ada Sebarang Komen Buat Masa Ini’ – Bapa Mia Sara Nasuha

Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Mengamuk, Dakwa Mia Sara Nasuha Hina & Ganggu Mental Ibu

Repost

Menerusi ‘repost’ yang dibuat di aplikasi TikTok, Mia dilihat seolah-olah memberi gambaran dirinya turut kesal dengan isu yang tular.

Selain itu, terdapat satu ‘repost’ yang dibuat meraih perhatian netizen mengenai rakan yang membuka aib rakan sendiri.

Baru nak sedih sebab kita tak ramai kawan.

Tapi hari ini Allah tunjuk, tak guna ramai kawan tapi suka buka aib kita.

Suka tengok kita jatuh.

Buat dosa sama-sama tapi yang malunya kita sorang.

Bagaimanapun, sehingga kini pelakon berusia 21 itu tidak memberi sebarang respon ekoran dirinya yang sedang menjadi bualan hangat di media sosial.

Sebelum ini Puteri Balqis tampil membuat pendedahan di media sosial mendakwa Mia Sara terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Malah di media sosial turut tular video dan foto dipercayai Mia berimej seksi sedang berhibur di kelab malam. 

Isu tersebut tercetus selepas Puteri Balqis mendakwa tindakan Mia Sara yang pernah memburukkan dan menghina ibunya, Norashikin Mohd Aziz.

Sumber: TikTok @miasaranasuha