berita

Tak Hargai Pengorbanan – Aidil Zafuan Bidas Laporan Akhbar Beregu Badminton Hampakan Negara

August 18th, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

ohbulanaidil

Semalam beregu campuran badminton negara bertarung di peringkat akhir dalam misi membawa pulang pingat emas yang pertama di sukan Olimpik Rio. Namun tuah tidak berpihak buat mereka apabila tumpas di tangan beregu dari Indonesia.

Walaupun tewas, ini antara percapaian terbaik mereka dalam sukan badminton apabila berjaya ke final. Tapi apa yang mengundang kemarahan netizen apabila beberapa buah akhbar tempatan dikatakan melaporkan berita kekalahan mereka dengan cara yang kurang elok.

Hal ini turut mendapat perhatian bola sepak JDT, Aidil Zafuan.

Tak tahu hargai pengorbanan

hampa

Sekadar pendapat saya sebagai ahli sukan dan rakyat Malaysia. Kadang-kadang artikel mcm ni la yg menjatuhkan semangat kesukanan kepada athlete Malaysia. Org mcm ni la yg tak reti bersyukur dan berterima kasih kepada athlete yg telah mengharumkan nama negara di peringkat dunia. Ini lah dikatakan pengorbanan.

Org ini hanya pandai menulis utk melariskan akhbar mereka sahaja tetapi tidak tahu pengorbanan dan usaha mereka. Saya salah seorg dari berjuta rakyat Malaysia sedikit pun tidak berasa hampa malah berasa bangga dengan pencapaian mereka – tahniah Peng Soon & Liu Ying anda tetap wira kami.

Menerusi Instagram miliknya, Aidil melontarkan pendapatnya tentang berita akhbar ini yang disifatkan boleh menjatuhkan semangat atlit.

Selain akhbar kosmo, berita yang dilaporkan oleh sebuah lagi akhbar iaitu Berita Harian turut menerima kecaman netizen.

hampa2

Sejujurnya kami tak pernah pun rasa hampa malah berbangga dengan pencapaian mereka ini. Mereka dah buat yang terbaik!

Sumber : Aidil Zafuan, Kosmo, Berita Harian

SKIP THIS AD ×