berita

Tak Hormat Pelajar Tingkatan Lima Jadi Punca Dibelasah Sekumpulan Remaja Lelaki

May 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Seorang remaja berusia 15 tahun yang videonya dipukul sekumpulan remaja lelaki tular kelmarin, rupa-rupanya hanya berlaku perselisihan faham dengan pelajar Tingkatan Lima.

Artikel Berkaitan: Kakak ‘Viral’ Video Adik Dibelasah Sekumpulan Remaja Lelaki – ‘Pukul Adik Aku Sampai Macam Tu, Paling Hebat Lah?’

Dalam siasatan polis

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisiten Komisioner Mohamad Farouk Eshak menjelaskan bahawa remaja lelaki itu telah ditumbuk di bahagian dada serta dicekek dan ditendang dalam kejadian pada jam 9.30 pagi di sebuah sekolah.

Kira-kira jam 3 petang, mangsa telah diajak oleh lima pelajar terbabit (suspek) ke Bukit Mar Mar Kemensah sebelum dipukul dengan disaksikan sekitar 10 hingga 15 pelajar.

Mangsa telah mengalami kecederaan di dahi, luka di kening kiri, rahang selain bengkak di tengkuk.

Dalam kejadian yang berlaku di Taman Melawati itu juga, mangsa telah diugut sekiranya mereka tidak berjumpa di Anjung Selera sekolah terbabit, mangsa akan disiku dibahagian muka.

Pihak polis mendedahkan bahawa punca kejadian adalah disebabkan berlaku perselisihan faham tidak hormat antara mangsa dan sekumpulan pelajar seniornya yang merupakan pelajar Tingkatan Lima.

Susulan itu, semua yang dikenalpasti terlibat berhubung kes ini telah dipanggil polis untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×