berita

Tak Imbas Kod MySejahtera Masa Nak Keluarkan Duit, RM1,000 ‘Melayang’!

January 19th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Telah menjadi kewajipan setiap rakyat Malaysia untuk mengimbas kos MySejahtera bagi membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjejaki ke mana sahaja kita pergi. Terbaru, disebabkan tidak mengimbas QR kod melalui aplikasi MySejahtera, seorang telah disaman pihak polis sebanyak RM1,000.

Tidak daftar MySejahtera

Gambar memaparkan surat kompaun yang diterima individu ini mula tersebar di media sosial sebagai memberi peringatan kepada kita semua untuk mengimbas QR kod MySejahtera terlebih dahulu sebelum masuk ke mana-mana premis.

Kompaun ini diterima individu tersebut bertarikh 17 Januari 2021 pada jam 9.45 malam di CiMB Bank Taman Chukai Utama di Terengganu. Kesalahan yang tertulis adalah tidak mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki bank. Oleh demikian, pesalah tersebut dikehendaki membayar kompaun sebanyak RM1,000.

Saja cari pasal, memang mendapat

Sehubungan itu, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan tindakan polis yang telah mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu yang tidak mengimbas kod MySejahtera terlebih dahulu. Penyebaran foto surat kompaun ini juga bagaimanapun dapat memberi peringatan kepada semua rakyat Malaysia untuk membantu pihak KKM.

Rata-rata netizen menghargai tindakan cekap pihak polis yang menjalankan tugas dengan baik dalam memastikan rakyat sentiasa mematuhi SOP dalam membendung penyebaran Covid-19.

Sumber: Penang Kini

SKIP THIS AD ×