berita

‘Tak Imbas Suhu Badan & ‘Check In’ MySejahtera’ – Najib Mengaku Salah, Rela Bayar Saman Ingkar SOP

March 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Acp Mohamad Zainal Haji Abdullah, bekas Perdana Menteri iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Razak dipercayai tidak menjalankan imbasan suhu badan dan ‘check in’ MySejahtera apabila hendak memasuki sebuah restoran di ibu kota pada 19 Mac yang lalu.

Dipanggil ke Ibu Pejabat Polis

Pihak Polis Dang Wangi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) 2021.

Menurut Zainal, kesemua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat. Tambah beliau, kertas siasatan akan diserahkan ke pejabat Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan.

Pada masa yang sama, Zainal menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ini kerana, kegagalan mematuhi perintah ini akan mengakibatkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa.

Saya mengaku

Sementara itu, Najib turut membuat pengakuan secara rasmi di akaun Facebooknya. Menurut Najib, beliau menerima baik kritikan dan pandangan yang diberikan terhadapnya.

Ya benar. Saya makan di kedai ***. Kedai ini popular di Kuala Lumpur. Ramai yang beragama Islam makan di sini juga. Seperkara lagi ialah mengenai check in. Aturan dibuat dan saya dibawa masuk ke kedai terus setibanya di sana. Saya mengaku kesilapan saya pada kali ini tidak membuat check in sendiri walaupun pegawai-pegawai saya telah berbuat demikian.

Kompaun untuk tidak scan MySejahtera diumum sebagai RM1500 dua hari lalu oleh Menteri PN. Saya bayar early bird diskaun 50% iaitu denda RM750. Saya akan membayar saman atas kesilapan saya ini secara sukarela. Tidak ada double standars dalam istilah saya. Saya tidak mahu ada dua darjat bagi kes saya.

Ujar Najib, kebiasaannya beliau mematuhi segala SOP yang telah dikuatkuasakan dalam aktiviti atau pergerakannya. Tambah beliau lagi, dia memohon pihak berkuasa mengeluarkan saman terhadapnya atas kesilapan tidak sengaja itu.

Sumber: Mohd Redzuan & Najib Razak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×