Sebelum ini, tular di media sosial di mana seorang lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) berjanji akan membuka baju serta seluarnya jika JDT kalah dalam Piala Malaysia.
Artikel berkaitan : Netizen Tuntut Janji Lelaki Nak Bogel Jika JDT Kalah, Tahu-Tahu Dah Pakai Alat Bantuan Pernafasan
Terbaharu, individu berkenaan tampil memohon maaf atas kesilapannya kerana telah membuat janji seperti itu.
Tampil mohon maaf
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang lelaki dikenali sebagai Tintedoffer2 di TikTok, lelaki berkenaan memohon maaf atas kekhilafannya pada tempoh hari dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Assalamualaikum, dengan rendah diri saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia sebab video saya yang tular baru-baru ini. Saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut bernazar untuk memberikan tinted percuma kepada seluruh tingkap di sebuah surau dan berharap agar rakyat Malaysia memaafkannya.
Dan saya bernazar untuk memberikan tinted percuma kepada surau ini. Saya harap rakyat Malaysia dapat memaafkan saya. Terima kasih.
Video berdurasi 49 saat itu meraih lebih 1.2 juta tontonan dan mendapat lebih 39 ribu tanda suka di TikTok.
‘Saya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia’
@tintedoffer2sya memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia…? original sound – tintedoffer2
‘Jadikan sebagai pengajaran’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah memaafkan lelaki berkenaan. Malah ada juga di antara mereka turut berpesan kepada orang ramai agar mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku.
Sumber : tintedoffer2