berita

Tak Kenakan Sebarang Bayaran Terhadap Pemuda Kurang Upaya, Pemandu Grab Ini Dipuji Netizen

October 11th, 2018 | by Taufiq
Kini Trending

Grab merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan penggunanya menggunakan perkhidmatan pemandu seperti teksi mengambil dan menghantar ke destinasi yang dituju. Kewujudan perkhidmatan tersebut telah memudahkan setiap lapisan masyarakat untuk bergerak kemana-mana.

Seorang jejaka berkongsi pengalamannya menggunakan perkhidmatan Grab ini tanpa sebarang cas dikenakan menerusi Facebook miliknya. Bagusnya abang Grab ni!

Terima Kasih

Menerusi status Facebook yang mendapat 17k tanda suka tersebut, beliau mengucapkan terima kasih buat pemandu Grab yang berhati mulia itu.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pemandu Grab ini yang mengambil saya yang berkerusi roda di Hospital Besar Kuala Lumpur sewaktu hujan lebat & menghantar saya sehingga ke Taman Medan, Petaling Jaya tanpa menerima sebarang bayaran walau 1 sen pon dari saya.

Bersusah payah mengangkat beliau

Beliau yang merupakan seorang warga OKU yang tidak boleh berjalan, diangkat oleh pemandu tersebut. Menerusi status tersebut juga beliau mendoakan kesejahteraan pemandu terbabit.

Dengan bersusah payah beliau mengangkat saya masuk kedalam & mengeluarkan saya dari kereta sehingga berpeluh2… Semoga Allah S.W.T. memudahkan perjalanan & memurahkan rezeki beliau sekeluarga… Amin…

Sumber: Zamri Mohamed Orgpayrock

Most Read Today