berita

Tak Kering Gusi! Ini 4 Sebab Kenapa Korang Wajib Tonton Kampung People Musim Ketiga

November 17th, 2022 | by Shahira
Shout Out!

Berita baik buat semua penggemar drama tempatan. Drama Kampung People kembali lagi untuk musim yang ketiga dan akan ditayangkan bermula 18 November (esok) hanya di TV3.

Kampung People Kembali Lagi!

Drama komedi santai kekeluargaan ini masih mengekalkan empat watak utama dengan barisan pelakon yang sama iaitu Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah. Memang rugi kalau korang lepaskan peluang menonton drama kegemaran ramai ini. Berikut merupakan empat sebab mengapa korang wajib layan drama popular Kampung People musim ketiga:

1. Jalan Cerita Segar

Drama Kampung People musim ketiga membawa kelainan dari musim-musim sebelum ini. Sudah pasti jalan cerita yang disajikan memang tidak akan mengecewakan para penonton.

Setelah menerima satu lagi ancaman daripada Cengkih Manis, keluarga Razif sekali lagi berada di bawah program perlindungan saksi di bawah PACERAT. Kali ini, mereka dan penduduk kampung dibawa ke bandar dan kini menetap di kawasan perumahan kos rendah.

Pelbagai ragam tiga beranak ini apabila mereka cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu yang kononnya lebih moden tetapi sebenarnya lebih mencabar daripada kehidupan di kampung. Bagaimana nasib mereka? Mampukah mereka bertahan? Nantikan…

2. Keluarga Kegemaran Malaysia Kembali, Kemunculan Watak Baharu Menanti

Bukan hanya Razif (Rashidi Ishak), Mona (Elly Mazlein), Laila (Riena Diana) dan Imran (Kamarul Eqifshah) akan kembali menemui anda tetapi Kampung People musim ketiga ini turut meriah dengan kemunculan watak baharu iaitu Tuan Suhaimi (Fadlan Hazim) dan Ejen 111 (Haidar Hasanudin). Memang happening la!

3. Penampilan Cameo Oleh Aniq Suhair

Kampung People musim sebelum ini telah menampil hero Malaya iaitu Hun Haqeem tetapi kini diserikan dengan penampilan cameo oleh Aniq Suhair. Kemunculan Aniq Suhair sememangnya membuatkan ramai para gadis tak lepaskan peluang untuk menonton lakonan jejaka tampan ini. Tapi apakah watak jejaka idaman ramai ini? Nak tahu korang kena lah tunggu!

4. Telatah Menghiburkan Hati

Memang tak sah la kalau tak ketawa bila menonton ‘Kampung People.’ Untuk musim ketiga ini, bersedialah untuk berhibur dengan adegan-adegan yang pasti akan membuat korang tak kering gusi.

Jangan lupa untuk ikuti drama Kampung People musim terbaharu ini menerusi slot Lestary pada setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam hanya di TV3.

SKIP THIS AD ×