berita

Tak Kisah Jadi ‘Cleaner’ Di Masjid Nabawi, Yatt Hamzah Idam Bawa Keluarga Tinggal Di Madinah – ‘Teringin Mati Di Sini’

November 2nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah meluahkan rasa terharu kerana diberi peluang untuk membersihkan Masjid Nabawi di kota suci Madinah ketika mengerjakan ibadah Umrah. Difahamkan, Yatt Hamzah bergerak secara ‘solo’ tanpa ditemani oleh suami mahupun ahli keluarganya yang lain.

Artikel berkaitan : ‘Kali Pertama Mendakap Bayi Lelaki Zuriat Sendiri’ – Yatt Hamzah Selamat Bersalin Anak Keenam

Artikel berkaitan : ‘Kali Pertama Mendakap Bayi Lelaki Zuriat Sendiri’ – Yatt Hamzah Selamat Bersalin Anak Keenam

Artikel berkaitan : Bayi Terlepas Dari Pangkuan & Jatuh Ke Lantai Setinggi 1 Meter, Yatt Hamzah Pohon Doa

Peluang dapat bersihkan Masjid Nabawi

Menerusi video yang dimuat naik oleh Yatt Hamzah di Instagram, memaparkan dirinya begitu teruja membersihkan karpet di dalam Masjid Nabawi walaupun diberikan peluang sekejap sahaja dengan menggunakan pembersih hampagas.

Semalam lepas Asar Bonda ini dapat peluang bersihkan Masjid Nabi SAW. Perasaannya luar biasa MasyaAllah walaupun hanya sekejap.

Dalam pada itu, pemilik nama Haryati Hamzah ini turut mengatakan bahawa dia sudah lama ingin membantu pekerja-pekerja kebersihan di dalam Masjid Nabawi kerana dia suka membersihkan rumah dan tidak suka melihat sesuatu tempat itu kotor.

Memang lama dah teringin nak membantu pekerja-pekerja kebersihan di dalam Masjid Nabawi sebab Bonda ni memang suka sangat-sangat membersihkan rumah. Tak suka nampak kotor.

Alhamdulillah direzekikan dapat merasa jadi cleaner Masjid Nabawi walaupun sebenatar. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Ya Allah.

Berharap dapat bawa keluarga sekali

Dalam pada itu, dia turut berharap dapat membawa keluarganya untuk menetap serta melihat anak-anaknya bersekolah di sana. Yatt Hamzah juga turut menyatakan hasrat agar jasadnya disemadikan di perkuburan Baqi’.

Ya Allah, aku sangat teringin membawa keluargaku untuk menetap di Madinah agar berada dekat dengan Nabi ku. Aku sangat teringin anak-anak ku bersekolah di Madinah, membesar di Madinah dan aku teringin untuk mati di sini agar dapat disemadikan di perkuburan Baqi’.

Ujarnya lagi, dia berbesar hati dan sanggup berkhidmat sebagai pekerja pembersihan di tempat Masjid Nabawi jika dia diberikan rezeki untuk menetap di sana.

Jika pada perkiraanMu, salah satu cara untuk berada di sini adalah dengan menjadi seorang cleaner di sini, aku amat berbesar hati Ya Allah. Aku amat bangga andai dapat berkhidmat di sini buat Rasulullah ku SAW. Makbulkanlah doa-doa Bonda ini Wahai Tuhan yang Maha Memakbulkan Doa.

‘Alhamdulillah direzekikan dapat rasa jadi cleaner’

Sumber : yatthamzah_suci

SKIP THIS AD ×