berita

Tak Kisah Jiwa Seni, Indie Ataupun Tidak, Semua Wajib Datang Ke RIUH 16 & 17 September Ini!

September 13th, 2017 | by Nurul
Kini Trending

RIUH kembali lagi 16 dan 17 September ini di tempat yang sama! Siapa yang pergi RIUH bulan lepas? Amacam? Gempak kan!

Korang try tak Nasi Lemak Burger Agak Agak Riuh yang famous tu? Admin dah try, memang superb! Dengar cerita, kali ni ada pelbagai lagi makanan menarik di RIUH!

Bukan itu je, kali ni RIUH nak bagi lebih lagi kat korang! Kalau nak tahu, check this out!

Korang kreatif? Jom join buat wayang kulit dan bermacam lagi workshop yang unik!

Haa..kami yakin korang semua tahu apa itu wayang kulit kan. Tapi tak semua orang pernah tengok persembahan wayang kulit secara live.

Yang lagi best, korang boleh belajar lagi untuk membuat wayang kulit! Klik www.riuh.com.my kalau korang berminat!

Korang pernah dengar tak pasal Shibori printing? Nak tahu dan belajar? Jom belajar dalam Shibori Workshop oleh Shaqira Ramli, seorang graduan Fine Arts dari American Universiti, Dubai. Memang cantik-cantik hasil Shibori printing ni. Korang pun boleh buat tau!

Siapa kenal Eunice Lim (@euniceeunny)? Ala..yang terror tangkap gambar makanan di Instagram tu. Tengok gambar dia pun dah nampak menyelerakan.

Haa..dekat RIUH nanti Eunice pun akan ada untuk pamerkan visual-visual pop arts dia. Bolehlah korang tangkap gambar dan upload ke social media!  Confirm followers korang meningkat nanti. Hehe!

Kalau RIUH yang sebelum ni ada string art workshop, kali ni ada seni ukiran kayu pulak tau! Uniknya, seni ukiran kayu dari Rico Leong ni bukan sekadar ukiran, tapi dia turut menghasilkan cetakan imej ke atas fabrik dan kertas.

Pelik tapi menarik kan? Kalau nak tahu macam mana, jangan lupa sign up ok!

Siapa berjiwa seni patut pergi sebab…

Kalau sebelum ni ada persembahan live seperti seni persembahan jalanan, buskers dan DJ, kali ni RIUH bawakan pula persembahan live dari Meruked (@meruked), Kita:orang (@kamikitaorang) dan Bai (@l3ai)

Siapa penggemar musik indie tu, kami rasa persembahan ni mesti kena dengan jiwa korang!

Oh ya! Korang kena stay sampai habis tau sebab nanti akan ada persembahan wayang kulit dan juga tarian tradisional oleh Anak Seni (Asia) Production (@anakseniproduction). Ni lah masanya untuk kita mengenali seni budaya Malaysia!

Jumpa korang 16 & 17 September ini APW, Jln. Riong, Bangsar!

Selain ada macam-macam aktiviti, korang jugak boleh cuci mata di pop-up stores dan jumpa dengan vendor sendiri.

Sempena cuti Hari Malaysia nanti, GRAB ada buat promo tau! Siapa-siapa yang nak datang RIUH dan malas nak drive tu bolehlah naik GRAB dan gunakan promo code ‘GRABRIUH’. Best kan!

Untuk maklumat lanjut, follow instagram RIUH (@riuhinthecity) untuk update terkini atau layari www.riuh.com.my.

 

SKIP THIS AD ×