Pelakon baharu, Hariz Hamdan mengakui bahawa dia tidak kisah untuk berlakon babak yang memerlukannya untuk menanggalkan pakaian sehingga terdedah tubuh badan.
Tak kisah kena tanggal pakaian
Menerusi laporan Astro Gempak, Hariz menganggap perkara tersebut merupakan sebahagian daripada tuntutan kerja seorang pelakon, namun dirinya masih mempertimbangkan permintaan pihak pengarah mengenai hal tersebut agar tidak berlebihan.
Pada saya sebagai seorang pelakon, apa yang diminta pihak pengarah saya akan bagi sahaja. Itu adalah sebahagian daripada kerja pelakon. Pengarah minta saya buka baju, saya bukalah tetapi tidak berlebihan. Ada satu drama yang saya pernah buka baju, itu pun mengambil masa yang lama juga untuk saya berbincang dengan pengarah. Saya perlu pegang pada hak saya dan ada limitnya. Saya tetap akan jaga maruah saya.
Sebelum ini, Hariz pernah menayang badannya menerusi babak sebuah drama. Berikutan daripada itu, rata-rata netizen kagum melihat bentuk badan Hariz yang dipercayai rajin bersenam.
Sumber: Astro Gempak