berita

‘Tak Kisahlah PU Ke, Artis Ke, Nak Tegur Mesti Kena Adil & Jangan Pilih Kasih’ – Caprice

April 22nd, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Pendedahan mengejut bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan beberapa hari lepas telah mengundang pelbagai respon daripada netizen dan rakan artis. Rata-rata mengutuk tindakan PU Abu yang meninggalkan isteri ketika sedang sarat hamil 7 bulan.

Terbaru, giliran Caprice menerusi Instagram memberi pandangannya berkaitan isu tersebut. Ternyata pandangannya itu mendapat sokongan daripada netizen.

Pandangan Caprice

 

View this post on Instagram

 

Sebenarnya kita semua sama. Therefore, sama2 lah kita bangkitkan islam dan buat orang lagi rapat dgn islam.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Caprice memberi pandangan bahawa semua manusia adalah sama. Tidak kira individu tersebut artis, ustaz, iman, pencetus ummah atau sesiapa sahaja, mereka patut menerima teguran dan nasihat atas kesalahan yang dilakukan. Orang yang menegur pun patut berlaku adil dan jangan pilih kasih ketika hendak membuat teguran.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen sokong pandangan Caprice bahawa teguran perlu dilakukan dengan adil tidak kira individu tersebut mempunyai pangkat mahupun terkenal dalam kalangan masyarakat. Netizen turut menzahirkan rasa simpati terhadap bekas isteri Pencetus Ummah tersebut dan mendoakan supaya wanita itu terus kuat dan tabah mengharungi dugaan yang datang.

Sumber : Caprice

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×