Baru-baru ni viral kes pedofil budak prasekolah di belakang rumah seorang wanita. Setelah melihat kejadian jijik itu, wanita ini segera mengetuk tingkap belakang rumah sebelum membuat laporan polis. Dia kemudiannya membuat pengecaman di sebuah sekolah tadika yang terletak tak jauh dari rumah.
Paling sadis, bapa mangsa minta wanita ini tarik balik report yang telah dibuat. Alasannya, si pelaku ada hubungan saudara dengan keluarga tersebut dan bapa mangsa tak nak keluarganya malu besar. Haish, teruk betul!
Bapa mangsa minta tarik laporan
Assalamualikum warrohmatullahiwabarokatu…..sblom sy ingin menceritakan lebih panjang sy minta maaf…sy hide kan tempat skolah mangsa…keluarga mangsa dan si pelaku….allahamdulilah….kes telah berjalan dgn lancarnya….td sy berada di sekolah sy dah tgok adik tu…sy tgok beg dia…sy sedihhh sgt..?sy nak peluk dia…sy nk ckp ngan dia…adik dh selamat….
paling menyedihkan sy…apabila kanak2 tu bgtau cikgu dia kt blakang sakit mcm rasa cucuk2….ya allah??…semasa sy berada di skolah tersebut bapanya ada di bilik pegetua skolah…pegetua tlah maklumlan kejadian yg menimpa anaknya itu…yg paling sy xdpt terima si pelaku ada pertalian saudara dgn kanak2 tersebut…apa yg sy marah sgt?bapanya sruh sy menarik blk report yg sy buat…kerana ingin mnjaga nm baik keluarga…ya allah…sy minta maaf…sy xdpt nk tarik blk report ni….
sy serahkan semua pd pihak polis…tugas sy dh selesai….sy ingin megucapkan jutaan terima kasih pd semua yg follow dan pm sy xhenti2…yg doakan sy…xputus2 bg kata2 semangat….terima kasih juga pd sahabat kota sy…cikgu2 yg membantu….ada hikmah disebalik kjadian ini….berlaku didepan mata sy sndr…allahuakbar…..
Post asal mengenai kes pedofil
Syabas Puan Zarra Asyaari sebab bertindak cepat dan betul. Walaupun bapa mangsa nak tarik laporan polis sebab nak jaga aib keluarga, tapi kami puji sebab puan berjaya membuka mata orang lain untuk sedar dan prihatin akan kes macam ni. Apapun, kita doakan semoga segalanya selesai dengan baik dan si pelaku dapat ditangkap juga nanti.
Sumber: Facebook Zarra Asyaari