Pelakon, Zarina Anjoulie mendakwa dia difitnah dan diaibkan melalui hantaran yang dimuat naik oleh seorang individu di laman sosial, Facebook, baru-baru ini.
Artikel berkaitan: Cuba Ceroboh Kawasan Rumah, Zarina Anjoulie Bengang Pelanggan Kedai Makan Ibu Tak Hormat ‘Privacy’
Tindakan saman sivil
Menerusi laporan Harian Metro, Zarina telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai pada jam 2.30 pagi, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, laporan itu dibuat oleh Zarina sendiri. Tambah Fazley, laporan tersebut merupakan rujukan kejadian berkenaan kepada peguamnya untuk tindakan saman sivil.
Pada 12 Ogos lalu, Zarina memberitahu dia melihat satu hantaran video dalam Facebook yang didapati bertujuan untuk memalukan dan memfitnahnya
Tujuan pengadu membuat laporan polis adalah untuk merujuk perkara itu kepada peguamnya dan untuk tindakan saman sivil.
Ujar Fazley, kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Majistret (RKM) untuk tindakan saman sivil oleh pengadu terhadap pemilik akaun Facebook berkenaan.
Tak mahu bertelagah di media sosial
Terdahulu, Zarina Anjoulie memuat naik satu rakaman di hadapan IPD Nilai. Zarina mendakwa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun berkenaan. Dakwanya, pemilik akaun berkenaan memuat naik beberapa video tanpa henti dengan tujuan untuk menaikkan jumlah tontonan dengan memalukan dan mengaibkannya.
Menurut Zarina, dia sudah memaklumkan perkara itu kepada pemilik akaun berkenaan, namun enggan menghentikannya sebelum dia mengambil keputusan untuk tidak bertelagah di media sosial dan mengambil tindakan melalui undang-undang.
Anju mengambil keputusan untuk proceed (teruskan) tindakan saman dan sudah membuat laporan polis. Kita akan pasang peguam untuk mengambil tindakan.
Sumber: Harian Metro