Sebelum ini, isteri kepada penyanyi, Cat Farish iaitu Suriani Hassan memberitahu sehingga ke hari ini dia masih tertanya-tanya kenapa bekas suaminya itu melafazkan cerai sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab.
Artikel berkaitan: Isteri Dakwa Cat Farish Dah Lafaz Cerai 3 Kali, Terkejut Tanpa Sebab
Berikutan daripada itu, Cat Farish tampil berkata mereka sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik.
Tak pasti macam mana orang luar boleh hidu
Menurut Cat, dia tidak mahu mengulas lebih lanjut berhubung lafaz cerai sebanyak tiga kali itu. Tambahnya, tiada apa yang boleh diceritakan lagi kepada umum. Ujar Cat lagi, semua perkara yang berlaku membabitkan dirinya dan isteri sahaja. Malah, keluarga mereka tidak tahu akan perkara tersebut.
Tak pasti juga macam mana orang luar boleh hidu. Itu yang tak syok. Kalau saya jawab, isu ini berpanjangan pula. Lagi pula sekarang ini kami mengambil pendekatan untuk berdiam diri dulu. Ditambah pula masing-masing sibuk dengan kerja. Saya juga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Di samping itu, Cat menyerahkan segalanya kepada pihak mahkamah untuk menentukan sama ada lafaz cerai tersebut sah ataupun tidak.
Sebenarnya perkara ini lah yang paling ditakuti dan tak nak berlaku. Siapa yang berkahwin nak cerai kan? Apa pun yang terjadi, saya mohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat kami.
Sumber: Harian Metro