berita

Tak Mahu Keruhkan Keadaan, Sophia AlBarakbah Ingin Isu Ganggu Rumah Tangga Bella Astillah & Aliff Aziz ‘Hilang Sendiri’

February 2nd, 2023 | by Iera Zahirah
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, pelakon Bella Astillah mendedahkan bahawa terdapat seorang heroin drama cuba mendekati suaminya, Aliff Aziz yang juga merupakan penyanyi dan pelakon.

Artikel berkaitan : ‘Please Don’t Tell My Parent’ – Bella Astillah Dedah Perbualan Whatsapp Dengan Sophia AlBarakbah

Artikel berkaitan : ‘Saya Sedang Buat Satu Drama, Sophia Albarakbah Sahaja Heroin’ – Aliff Aziz

Artikel berkaitan : Sophia AlBarakbah Tidak Muncul Di Sidang Media Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Namun begitu, nama pelakon Sophia AlBarakbah turut ‘dipetik’ susulan daripada isu terbabit.

Bimbang keadaan akan lagi keruh

Meskipun tidak menyebut nama, namun suaminya, penyanyi Aliff Aziz mendedahkan dia hanya menjalani satu penggambaran drama sahaja, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Menerusi kiriman WhatsApp kepada Hlive, Sophia tetap tidak mahu mengulas mengenai kontroversi panas itu kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.

Pelakon berusia 30 tahun itu tidak mahu perkara berkenaan menjadi kecoh dan berpendapat bahawa ia boleh diselesaikan secara tertutup oleh kedua-dua belah pihak.

Saya tahu sekarang topik ni tengah panas. Saya faham all you reporters dan media sekadar buat kerja kan tapi honestly it’s something yang saya tak suka.

Saya tak nak buat statement sebab nanti lagi teruk keadaan. Bayangkan, pihak sana buat statement lepas tu saya buat statement lepas tu pihak sana keluar statement lagi.

Biar isu itu reda dengan sendiri

Dalam pada itu, dia berharap agar pihak media dan netizen dapat membiarkan isu ini reda dengan sendiri.

Tegasnya, perbalahan seperti itu adalah satu perkara yang tidak bagus dan kini dia hanya ingin memberi fokus terhadap kerjanya di set penggambaran.

So nanti jadi pergaduhan lepas tu netizen pula akan pilih pihak ni pihak tu dan jadi perbalahan antara semua. Bukan something yang bagus kan?

So I really harap rakan media akan biarkan benda ni hilang sendiri. Tak nak lah orang keep up pasal isu ni please. Sebab now I tengah shooting drama ni dan kita nak fokus dan buat terbaik.

Please just let the issue down. Benda boleh diselesaikan antara pihak yang terlibat personally. Tak nak involve satu Malaysia. I harap you faham.

Di Instagram

Sumber : officialhlive

SKIP THIS AD ×